Blueprint-SmartGreen-PolyCC-2021-2026
36 Setiap politeknik dan kolej komuniti perlu merangka strategi dalam menguruskan tenaga dan pelepasan GHG secara cekap bagi mengurangkan kesan perubahan iklim. Antara langkah yang telah diambil adalah melaksanakan inisiatif penyebaran pengetahuan melalui pendidikan dalam aspek pengukuran pengurangan CO 2 dan lain-lain GHG seperti kempen kecekapan tenaga yang telah dilaksanakan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB). Usaha ini mampu mendidik rakyat mengenai kemapanan persekitaran melalui penjimatan tenaga. Di samping itu, setiap politeknik dan kolej komuniti perlu mempertimbangkan potensi untuk mengimplementasikan senibina pasif bagi mengurangkan kebergantungan kepada tenaga yang akan membantu dalammenangani kesan perubahan iklim. OBJEKTIF 1. Melaksanakan inisiatif penyebaran pengetahuan melalui pendidikan dalam aspek pengukuran pengurangan yang berterusan terhadap pelepasan CO 2 dan lain-lain GHG. 2. Melaksanakan strategi dalam menguruskan tenaga dan pelepasan GHG secara cekap bagi mengurangkan kesan perubahan iklim. 3. Untuk mengekalkan dan meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan menggalakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui bagi mengurangkan pelepasan GHG dalam sektor tenaga. PELAN TINDAKAN SMART GOAL Mengukuhkan tadbir urus dalam menangani kesan perubahan iklim. Mewujudkan kerjasama strategik dengan pakar dan rakan industri bagi menangani kesan perubahan iklim. Program la � han dan peningkatan kesedaran mengenai kesan perubahan iklim secara berskala dan berterusan. Membangunkan modul la � han berkaitan perubahan iklim. Pengurangan jejak karbon. Menetapkan sasaran, matrik dan dasar yang menyumbang kepada jejak sifar karbon menjelang tahun 2025. Amalan dan penggunaan peralatan cekap tenaga. Memprak � kkan amalan cekap tenaga di se � ap Politeknik dan Kolej Komuni � secara menyeluruh. Pelaksanaan bangunan rendah tenaga dan seni bina pasif . Memas � kan semua bangunan di dalam kampus menggunakan pencahayaan dan pengudaraan semulajadi secara op � mum. Bilangan aplikasi tenaga boleh diperbaharui di kampus. Meningkatkan penggunaan sumber- sumber tenaga boleh diperbaharui untuk diaplikasikan di dalam kampus. Meminimumkan pengunaan elektrik dan bayaran tarif. Membudayakan amalan penjimatan tenaga di kalangan warga Politeknik dan Kolej Komuni � . Nisbah jumlah pengeluaran karbon dengan pelajar kampus. Mengurangkan intensi� jejak karbon se � ap pelajar. Penetapan Tanda Aras Energy Used Index (EUI) dan penganugerahan untuk Politeknik dan Kolej Komuni � Malaysia yang layak. Pelaksanaan sistem sub-metering kepada semua bangunan di dalam kawasan kampus menjelang tahun 2025. Pertandingan Amalan Terbaik ( Best Prac ti ces ) Pengurangan Kesan Perubahan Iklim. Meningkatkan penyertaan inovasi dalam kalangan warga Politeknik dan Kolej Komuni � yang boleh menyumbangkan kepada penyelesaian perubahan iklim atau pengurusan cekap tenaga. PELAN TINDAKAN DAN SMART GOAL
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2