Blueprint-SmartGreen-PolyCC-2021-2026

37 BIDANG TUMPUAN 3: PENGURUSANALAM SEKITAR DAN LANDSKAP LAr. Rohaniah Mohd Nor, Hj. Mohamad Yusof Bin Sulaiman, Raveendran A/L Ramasamy PENGENALAN Alam sekitar merujuk kepada segala benda yang berada di sekeliling manusia pada suatu titik dalam ruang dan masa manakala landskap merupakan pemandangan alam sesuatu kawasan yang mengandungi unsur-unsur seperti gunung-ganang, bukit-bukau, sungai, tasik, dan tumbuh-tumbuhan, terutamanya pemandangan kawasan desa atau perbandaran. Pengurusan Alam Sekitar dan Landskap (PASL) adalah sebagai satu mekanisma pengawalan alam dan ruang sekitar yang lebih baik dan sistematik yang dapat menyeragamkan usaha kawalannya. Faedah melaksanakan PASL ini adalah dapat meningkatkan imej institusi, menjimatkan penggunaan tenaga, mengurangkan penghasilan bahan sisa khususnya yang memberi kesan negatif kepada alam, menjimatkan penggunaan air, memberi nilai tambah estetika kepada persekitaran agar dapat melahirkan insan yang mesra dan sayangkan alam sekitar serta mampan. Sistem PASL yang berkesan melalui pematuhan keperluan undang-undang, peraturan dan keperluan-keperluan lain mengenai alam sekitar, khususnya pencegahan pencemaran, pembangunan objektif dan matlamatberdasarkanpenilaianaspek impakalamsekitar,penilaiansemula dan pengubahsuaian dasar, objektif dan sasaran untuk penambahbaikan berterusan dan pembudayaan amalan baik ke arah kelestarian alam sekitar (Omlsted,1860) menyatakan landskap adalah seni dan sains hubungkait di antara insan dan alam semulajadi, kerana alam semulajadi penting untuk moral dan kebahagiaan. Kenyataan ini disokong oleh Hurbbard & Kimball (1917) iaitu, ia adalah seni mereka bentuk untuk memelihara keindahan persekitaran supaya lingkungan hidup manusia menjadi selesa dan sihat. Di samping itu juga dapat mengurus kepelbagaian bio dan landskap semulajadi dan sediada melalui kaedah pemeliharaan dan pemuliharaan dengan lebih cekap dan mampan. Melalui pelan induk rekabentuk landskap mampan juga akan dapat membantu institusi dalam menjaga keindahan persekitaran secara menyeluruh dengan lebih sistematik, mudah dan berkesan. Perancangan rekabentuk alam sekitar yang baik akan dapat mendekatkanmasyarakat dengan institusi, dapat salingmembantu dan mengurangkan masalah sosial. OBJEKTIF 1. Mengintegrasi amalan pengurusan alam sekitar ke dalam pengoperasian institusi melalui dasar-dasar dan prosedur bagi memastikan amalan alam sekitar terbaik diaplikasi dalam urusan harian. 2. Mengadakan garis panduan yang jelas berhubung pengurusan kepelbagaian bio dan landskap serta penekanan terhadap kepentingan kelestarian alam sekitar. 3. Memberi kesedaran kepada komuniti setempat tentang kepentingan pengawalan dan pengurusan alam sekitar. 4. Mewujudkan rekabentuk persekitaran yang selamat, sihat dan menarik yang memelihara dan memulihara kepelbagaian bio setempat.

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2