Blueprint-SmartGreen-PolyCC-2021-2026
38 BIDANG TUMPUAN 4: PENGURUSAN SISA Dr Halim Bin Hj. Razali, Mohamad Nazri Bin Ismail PENGENALAN Sistem pengurusan sisa ditakrifkan sebagai suatu proses pengurusan yang berkesan dan teratur. Keberkesanan dalam mengendalikan sisa- sisa buangan pepejal secara bersistem dan berteknologi tinggi dapat meningkatkan kesejahteraan dan keharmonian bagi kehidupan lain di muka bumi ini secara optimum. Istilah sisa pepejal didefinisikan sebagai bahan–bahan sisa atau lebihan buangan yang tidak dikehendaki lagi oleh manusia. Bahan buangan ini juga ada yang bersifat air, dan bau yang dilepaskan ke udara. Keadaan ini terbukti dengan adanya bau busuk dikawasan pembuangan, timbunan sampah-sampah yang tidak terurus, jalan-jalan yang berbau hasil daripada tumpahan air lichet ( leached water ) daripada lori-lori perbandaran. Keadaan ini boleh mewujudkan keadaan persekitaran yang tercemar dan menimbulkan risiko kesihatan kepada manusia dan menyebabkan gangguan besar kepada ekosistem bumi semulajadi. Mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal),sisapepejalditafsirkansebagaiapa-apabahansekerapataubenda lebihan lain yang tidak dikehendaki atau keluaran yang ditolak yang timbul daripada penggunaan apa-apa proses; apa-apa benda yang dikehendaki dilupuskan kerana sudah pecah, lusuh, tercemar atau selainnya rosak; atau apa-apa bahan lain yang mengikut akta ini atau mana-mana undang- undang bertulis lain dikehendaki oleh pihak berkuasa supaya dilupuskan, tetapi tidak termasuk bagi bahan-bahan buangan yang berjadual. Sisa pepejal boleh dikategorikan kepada Lima bahagian iaitu sisa pepejal perbandaran ( municipal solid waste ), sisa berbahaya ( hazardous waste ), sisa pertanian ( agriculture waste ) dan sisa industri ( industrial waste ). Pengkelasan ini sangat penting untuk proses mengenalpasti kriteria- kriteria yang meliputi segala sumber, jenis klasifikasi dan komposisinya dalam kelas sisa bahan buangan. Pengurusan Sisa buangan di Malaysia masih lagi menjadi masalah utama pihak kerajaan terutamanya daripada segi aspek ekonomi dan penjagaan alam sekitar. Di Malaysia sahaja, kira-kira 5.5 juta tan sisa buangan dihasilkan untuk setiap tahun. Kos PELAN TINDAKAN SMART GOAL Melaksanakan La � han dan Kesedaran terhadap pengurusan alam sekitar dan landskap Memberikan taklimat kesedaran tentang kepen � ngan pengurusan landskap dan alam sekitar. Memperjelas peruntukan undang-undang mengenai alam sekitar. Memberi kesedaran kepada komuni � berkaitan kepen � ngan pengurusan alam sekitar dan landskap. Mengekalkan tumbuhan dan Habitat semulajadi Mengadakan iventori tumbuhan sediada di dalam kawasan kampus dan sekitar. Menanam pokok tempatan yang memberi impak kepada penurunan jejak karbon di sekitar. Mewujudkan keceriaan landskap tanpa menganggu tumbuhan dan habitat semulajadi. Merekabentuk ruang sekitar berdasarkan rekabentuk landskap mampan. Melaksanakan Kajian dan Tindakan Setempat Menyediakan kajian alam sekitar dan kepelbagaian bio sediada. Mengesan impak terhadap alam sekitar dan kepelbagaian bio sediada kesan dari ak � vi � pembangunan yang dilaksanakan. Menyediakan dapatan daripada kajian terutama terhadap pemeliharaan dan pemulihan alam sekitar dan kepelbagaian bio. Pengurusan larian air permukaan Merekabentuk sistem saliran larian air permukaan berpandukan konsep pembangunan mampan. Membina sistem saliran larian air permukaan berpandukan konsep pembangunan mampan. Mengadakan takungan simpanan sementara bagi tujuan penyelengaraan landskap. Perkongsian Maklumat dan Data Membuat sesi lawatan penandaarasan ke agensi / ins � tusi luar negara. Mengadakan web untuk perkongsian maklumat . PELAN TINDAKAN DAN SMART GOAL
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2