Blueprint-SmartGreen-PolyCC-2021-2026
39 bagi pengurusan sisa buangan daripada kawasan-kawasan perumahan, hotel-hotel dan premis perniagaan telah dianggarkan berjuta-juta ringgit diperuntukkan untuk menguruskan masalah ini (UNEP 2016). Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terpaksa membelanjakan di antara 40% hingga 70% hasil cukai taksiran tahunan bagi tujuan pengurusan pelupusan sampah setiap tahun. Di samping itu, PBT juga menghadapi masalah bagi mendapatkan kawasan yang sesuai untuk dijadikan sebagai pusat pelupusan sampah secara berpusat yang semakin terhad (Augustine Towonsing, 2017). Oleh yang demikian, kesan daripada kelemahan ini telah menyebabkan pelepasan gas rumah hijau dan kewujudan aliran air bawah tanah yang bertoksik dari sisa buangan adalah antara kesan daripada pusat pelupusan secara berpusat. Pendekatan kaedah pelupusan secara berpusat telah menimbulkan risiko yang tinggi kepada kesihatan orang awam dan alam sekitar secara terbuka. Di Malaysia, 90% pendekatan pengurusan sisa buangan adalah diuruskan melalui tapak terbuka dan pelupusan secara berpusat, oleh majlis perbandaran yang menguruskan sisa pepejal (Thi et al. 2015). Kaedah lain dalam menguruskan sisa buangan yang dipraktikkan di negara-negara membangun adalah seperti pembakaran, penghadaman anaerobik, kompos dan makanan haiwan (Thi et al. 2015). Kaedah-kaedah ini mempunyai risikonya yang tersendiri dalam proses pelaksanaan, termasuklah dari segi kos operasi yang tinggi (pembakaran), penggunaan kuasa yang berlebihan dan pengeluaran haba (pembakaran), kurangnya inisiatif dalam memisahkan sisa makanan daripada sisa pepejal lain (misalnya makanan haiwan) dan penghasilan bahan-bahan organik seperti pencernaan anaerobik dan kompos (Tsai et al. 2007). Adalah menjadi satu kejayaan jika sekiranya kesan- kesan negatif yang hasilkan daripada sisa buangan ini seperti gas-gas metana dan bahan-bahan pepejal ditukar menjadi bahan utama untuk pemprosesan janaan tenaga alternatif. Sebagai penjanaan kuasa, atau aliran air bawah tanah bertoksit dan sisa-sisa pepejal daripada penapaian sisa buangan digunakan sebagai baja organik bagi keperluan sektor pertanian. Sifat keprihatinan dalam mengurus sisa buangan merupakan salah satu cabaran besar dalam kehidupan manusia pada zaman serba moden ini khususnya di bandar-bandar. Pengurusan sisa terutama sisa pepejal merupakan satu keperluan dalam usaha untuk melindungi alam sekitar dan menjamin kelestarian serta kualiti hidup masyarakat. Cabaran untuk mengurus persekitaran bagi meningkatkan kualiti hidup manusia dan alam sekitar merupakan satu perkara yang perlu bendung bersama. Kejayaan untuk mengurus dengan sempurna berupaya melahirkan suasana alam sekitar yang lebih terjamin, selesa dan sejahtera. OBJEKTIF 1. Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pengurusan sisa bagi mengoptimumkan penggunaan sumber melalui pengukuran prestasi pengurusan sisa semasa. PELAN TINDAKAN SMART GOAL Melaksanakan Program Kitar Semula ( Prevent, Reduce, Reuse, Recycle, Treat ) di Politeknik dan Kolej Komuni � secara berterusan Mewujudkan Pusat Kitar semula di Politeknik dan Kolej Komuni � bermula dari tahun 2020 Melaksanakan program meminimumkan penggunaan bahan cetak dan plas � k di Politeknik dan Kolej Komuni � Menjalankan sekurang-kurangnya satu program se � ap tahun Mengurangkan pelupusan sisa organik di tapak pelupusan melalui kompos sisa organik Mewujudkan projek mesin kompos bagi sisa organik menjelang tahun 2022 Melaksanakan pelupusan sisa bukan organik yang � dak boleh dikitar semula Menjalankan pelupusan sisa bukan organik sekurang-kurangnya sekali setahun. Mengendalikan dan mengawal selia sisa bahan- bahan toksik berjadual Menjalankan pelupusan bahan toksik sekurang-kurangnya setahun sekali. Pengurusan rawatan sisa air kumbahan Meningkatkan tahap kebolehpercayaan dan kecekapan sesuatu sistem rawatan air kumbahan di Politeknik dan Kolej Komuni � PELAN TINDAKAN DAN SMART GOAL
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2