Blueprint-SmartGreen-PolyCC-2021-2026
40 BIDANG TUMPUAN 5: PENGURUSAN AIR Ts. Murugan A/L Krishnan PENGENALAN Pengurusan sumber air merupakan aktiviti perancangan, pembangunan, pengedaran dan pengurusan sumber air yang optimum dalam konteks memelihara kesejahteraan rakyat. Kegagalan pembanguanan dan pengurusan air yang efektif akan memberi kesan meyeluruh daripada segi ekonomi, alam sekitar dan sosial. Perancangan pengurusan sumber air adalahmenjurus kepada kesedaran penggunaan berhemah, mengurangkan pembaziran, pengamalan penuaian air ( water harvesting ) serta pengamalan kitar semula air terbuang. Mengikut Oridorn, (1977) dalam bukunya, Water Resources and Sustainability , “Pengurusan sumber air melibatkan perancangan, analisis, penilaian, penggunaan, impak dan ramalan terhadap sumber-sumber air secara sistematik, cekap optimun tanpa membazir untuk menjamin bekalan air kepada pengguna sentiasa bersih dan berterusan”. Justeru sumber-sumber air yang ada di sesuatu kawasan mestilah diuruskan dan diselenggarakan dengan bijak bagi memenuhi keperluan manusia masa kini dan akan datang tanpa mengorbankan alam sekitar. Oleh sebab itu konsep pembangunan sumber air yang lestari amat dititikberatkan. OBJEKTIF 1. Meningkatkan pengetahuan utiliti dan amalan kaedah penjimatan air melalui pemantauan, kawalan, pembangunan sistem kitar semula air dan penuaian air hujan. PELAN TINDAKAN DAN SMART GOAL PELAN TINDAKAN SMART GOAL Melaksanakan pemantauan penggunaan air semasa. Melaksanakan pemantauan dan pengumpulan data pengunaan air. Melancarkan kempen pengetahuan dan amalan pengurangan penggunaan air. Kempen kesedaran dan amalan penuaian air diketengahkan . Membangunkan sistem pengumpulan air hujan. Kenal pas � lokasi stategik untuk tujuan penuaian air hujan. Kenalpas � sistem kitar semula air dan kaedah penggunaannya. Rekabentuk sistem dan penggunan air kitar semula terutamanya untuk tujuan pertanian.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2