Blueprint-SmartGreen-PolyCC-2021-2026

41 BIDANG TUMPUAN 6 : PENGANGKUTAN Hassan Bin Siraj, Ts. Mohd Hazwan Bin Mohd Radzi, Syariffah Binti Othman PENGENALAN Kebanyakan kenderaan bermotor menggunakan bahan api fosil (petroleum) sebagai bahan bakar. Pembakaran bahan api ini akan membebaskan gas karbondioksida (CO 2 ) ke udara dan secara tidak langsungmembawa kepada peningkatan CO 2 negara. Bidang Tumpuan (BT) dalamSektor Pengangkutan menekankan kepada aspek prasarana pengangkutan, bahan bakar dan juga pengangkutan awam. Teknologi terkini telah mengangkat martabat industri kenderaan kepada satu kedudukan yang boleh dianggap membantu menyelesaikan masalah alam sekitar. Bagaimanapun, menurut Prof. Dr. Azhar Abdul Aziz daripada Universiti Teknologi Malaysia, bagi melihat teknologi tersebut benar-benar mesra alam ia perlu difahami daripada sudut pengurangan pengeluaran CO 2 dan kesannya terhadap rumah hijau (Laupa Junus, 2015). Pengangkutanhijau(lestari)merujukkepadasebarangbentukpengangkutan yang memberi impak minimum kepada persekitaran ataupun kenderaan yang membebaskan CO 2 yang rendah, contohnya seperti kenderaan yang menggunakan tenaga boleh baharu. Antara bentuk pengangkutan hijau adalah seperti berjalan kaki, berbasikal dan juga kereta hibrid (kereta yang menggunakan tenaga elektrik dan tenaga solar). Peningkatan kesedaran pengguna di negara-negaramaju kepada kenderaan sebegini seperti Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun menyebabkan permintaan kepada kenderaan hibrid menjadi lebih besar. Di China pula, ia berlaku kerana pencemaran alam sekitar yang sangat kronik akibat pembangunan yang pesat. Daripada sudut imbangan haba, fenomena pemanasan global menunjukkan wujudnya ketidakseimbangan yang agak ketara. Mengikut Profesor James G Titus dari Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat, terdapat peningkatan suhu dunia antara 0.4 hingga 0.5 darjah Celsius pada setiap lima tahun bermula pada tahun 1952. Dianggarkan antara tahun 1990 hingga 2025 suhu dunia akan meningkat antara 0.8 hingga 3.6 darjah Celsius (Iskandar, 2015). Kerajaan berhasrat mengurangkan pencemaran daripada aktiviti pengangkutan kerana aktiviti ini telah menghasilkan pengeluaran CO 2 sebanyak 25%. Malah, aktiviti ini turut menjadi penyumbang kepada perubahan iklim dunia. Pelepasan Gas Rumah Hijau ( Green House Gases , GHG) melalui aktiviti pengangkutan boleh meningkat pada kadar yang lebih cepat berbanding aktiviti yang lain, contohnya, aktiviti perindustrian. Melalui pengurangan pembebasan GHG secara agresif dan berterusan adalah perlu untuk memastikan pembebasan GHG yang rendah atau sifar. Hal ini kerana kesan positif dihasilkan dapat mengurangkan perubahan iklim dan boleh membantu mengekalkan keadaan alam sekitar yang lebih lestari. Oleh yang demikian, kesedaran mengenai penggunaan Pengangkutan Hijau perlu ditingkatkan dalammasyarakat Malaysia. Pencemaran daripada pengangkutan merupakan penyumbang terbesar kepada perubahan iklim dunia iaitu menghampiri 25% pengeluaran CO 2 . Kajian juga menunjukkan bahawa sebanyak 75% daripada jumlah pengeluaran CO 2 adalah berpunca daripada pengangkutan jalan dan jumlah ini semakin bertambah dari semasa ke semasa. Didapati hampir 95% daripada Sektor Pengangkutan ini menggunakan bahan api minyak dan ini merupakan 60% daripada penggunaan minyak dunia (Hashimah, 2017) Usaha yang sistematik perludirancangdandilaksanakandalamsektor ini bagi mengurangkan pencemaran udara dan juga untuk mencapai persekitaran yang estari. Oleh sebab itu, penjenamaan Pengangkutan Hijau adalah berteraskan aktiviti pengangkutan yang mesra alam dan memberi kesan positif terhadap persekitaran sedia ada. Dalam hal ini Pengangkutan Hijau akan melibatkan kecekapan penggunaan sumber dan penstrukturan semula sistem pengangkutan supaya lebih selamat dan selesa. OBJEKTIF 1. Menerapkan kesedaran tentang kepentingan untuk mengurangkan pencemaran di sektor pengangkutan melalui pelaksanaan polisi dan penggunaan teknologi hijau. PELAN TINDAKAN SMART GOAL Menggalakkan perkongsian kenderaan atau menggunakan kenderaan awam keluar kawasan dikalangan warga politeknik Menjimatkan penggunaan minyak dan mengurangkan perlepasan pencemaran ke udara Menyediakan garis panduan pelaksanaan pejalan kaki dan penggunaan basikal Mengurangkan jumlah kenderaan masuk kedalam kampus sebanyak 20% mulai Januari 2020 Menyediakan polisi penggunaan kenderaan yang mengurangkan karbon. Menggan � kan kenderaan rasmi dengan kenderaan cekap tenaga (Energy E ffi cient Vehicle) secara berperingkat mulai 2020 Mewartakan penggunaan biodiesel B10 bagi semua kenderaan berenjin diesel PELAN TINDAKAN DAN SMART GOAL

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2