Blueprint-SmartGreen-PolyCC-2021-2026

42 BIDANG TUMPUAN 7: PEROLEHAN HIJAU Fauziah Binti Aliman PENGENALAN Perolehan Hijau ( Green Procurement ) merujuk kepada pembelian produk, perkhidmatan dan kerja di sektor awam yang mengambil kira kriteria alam sekitar untuk memulihara alam sekitar dan sumber semula jadi, serta meminimumkan danmengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Perolehan Hijau berpotensi meningkatkan kecekapan perolehan politeknik dan kolej komuniti. Pada masa yang sama, Perolehan Hijau juga berupaya untuk menggunakan kuasa pasaran awam untuk mentransformasi ekonomi Malaysia ke arah pertumbuhan hijau. Dalam Dasar Teknologi Hijau Negara ( National Green Technology Policy ; NGTP), Perolehan Hijau Kerajaan ( Government Green Procurement ; GGP) dijadikan sebagai instrumen untuk mencapai aspirasi kerajaan. Pelaksanaan GGP akan membantu Malaysia untuk mencapai sasaran pengurangan tahap pelepasan gas rumah kaca sebanyak 45% berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2030, iaitu 35% secara sukarela dan 10% lagi adalah bersyarat dan tertakluk kepada penerimaan bantuan kewangan, pemindahan teknologi dan pembangunan kapasiti daripada negara maju. (Pusat Tenaga Malaysia, 2009). Perolehan Kerajaan memainkan peranan penting sebagai pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi kerana ia mewakili kira-kira 12-15% daripada KDNK. Kerajaan telah menyedari kepentingan perolehan kerajaan, terutamanya dalam mewujudkan peluang inovasi dan meningkatkan daya saing syarikat tempatan. Di samping itu, perolehan kerajaan telah dikenal pasti sebagai salah satu bidang yang berpotensi untuk menggalakkan pelaburan dan meningkatkan keyakinan perniagaan di Malaysia. Kerajaan boleh menggunakan kuasa membeli yang besar untuk memacu ke arah pertumbuhan hijau melalui penggalakan perolehan produk dan perkhidmatan mesra alam. Secara tidak langsung, kerajaan telah mewujudkan pasaran hijau seterusnya menjadi contoh ikutan kepada sektor swasta dan masyarakat umum. (Kementerian Tenaga, 2018) OBJEKTIF 1. Memperkenal danmengamalkanperolehanhijaudalamsistempoliteknik dan kolej komuniti sebagai usaha menyokong pemeliharaan alam sekitar dan pengurangan jejak karbon. PELAN TINDAKAN SMART GOAL Pelaksanaan Training of Trainers (TOT) Pegawai dikenalpas � untuk dila � h sebagai Champion di dalam Perolehan Hijau dan diik � raf sebagai Master Trainer Penganjuran La � han Hasilkan Pegawai Perolehan Hijau di se �a p Politeknik dan Kolej Komuni � Taklimat Kepada Pembekal dan Supply Chain Kenalpas � Pembekal dan supply chain dalam bidang hijau Perancangan Perolehan Hijau Tahunan • Mematuhi Garis Panduan Perolehan Hijau Kerajaan yang sedang berkuatkuasa • 10% perolehan hijau pada menjelang tahun 2025 Penyediaan Laporan Prestasi Laporan prestasi tahunan mengenai: a. Buk � pematuhan Spesi fi kasi Teknikal Produk, Perkhidmatan dan Kerja dalam Garis Panduan Perolehan Hijau Kerajaan yang sedang berkuatkuasa b. Prestasi pembekal c. Prestasi bekalan dan perkhidmatan (kuali � ) PELAN TINDAKAN DAN SMART GOAL

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2