Blueprint-SmartGreen-PolyCC-2021-2026
47 PEMBERAT PENJURIAN Bagi setiap penjurian dalam penilaian pencapaian bagi projek mampan perlu diberi pertimbangkan dengan pemberat yang sesuai secara keseluruhan. Setiap pemberat akan dikaitkan dengan kategori yang telah dikenalpasti terlebih dahulu. Templat laporan, akan dibangunkan berdasarkan kepada setiap aktiviti kategori bersama pemberat penjuriannya dan rubrik pemarkahan. PENILAIAN DARIPADA PEGAWAI PENILAI Untuk memastikan bahawa setiap penyertaan adalah tertakluk di bawah piawaian antarabangsa, maka Pegawai Penilai yang bertauliah perlu membuat pengesahan yang berasaskan Prinsip GPM 360, dibawah persijilan GPM Global. Setiap penjurian aktiviti projek mampan akan digabungkan dengan penjurian Pengurusan Projek Mampan GPM, dibawah kaedah PRISM – Rangkakerja P5 dan lain-lain kaedah yang dikenalpasti berdasarkan setiap kategori pertandingan. Kedua-dua data penjurian kendiri daripada Pengawai Penilai akan menjadi markah terkumpul. LAPORAN PENCAPAIAN KEMAMPANAN Semua laporan pencapaian kemampanan akan dimasukkan ke dalam satu laporan yang boleh memberi gambaran secara menyeluruh tentang data analitikal aktiviti projek mampan bersama dengan ukuran pemberat yang digunakan oleh politeknik dan kolej komuniti serta Pegawai Penilai. Laporan pencapaian tahap kemampanan mestilah mempunyai hubungkait dengan 17 matlamat SDGs-PBB. KEPUTUSAN GABUNGAN PENILAIAN KENDIRI DAN PEGAWAI PENILAI Keputusan penilaian hasil daripada gabungan penilaian kendiri daripada politeknik dan kolej komuniti dan penilaian dari Pegawai Penilai Bertauliah akan disahkan oleh Pegawai Pengesahan ( Certified Verifier ). SIJIL PENTAULIAHAN Bagi setiap kategori pertandingan, setiap politeknik dan kolej komuniti akan menerima Sijil Pertauliahan daripada badan bertauliah. Hasil daripada laporan tahap kemampanan dikeluarkan oleh politeknik dan kolej komuniti dinilai berdasarkan kepada piawaian antarabangsa. Piawaian yang di pakai adalah berdasarkan kepada impak terhadap sosial, persekitaran, dan ekonomi. Impak tersebut mempunyai kaitan secara terus dengan 17 matlamat SDGs-PBB. ANUGERAH TERBAIK PELAKSANAAN PROJEK MAMPAN Keputusan muktamad mengenai pemenang SmartGreen PolyCC akan dibuat mengikut impak yang paling berkesan dan menakjubkan ( wow factor ) yang selari dengan perjuangan SDGs-PBB. Penilaian terakhir adalah melalui pembentangan khas daripada wakil setiap politeknik dan kolej komuniti yang akan membentang Projek Pengurusan Mampan mereka kepada panel hakim terpilih. ANUGERAH MAMPAN KAMPUS HIJAU - KRITERIA DAN PROSES PEMILIHAN Anugerah kampus mampan adalah untuk megetengahkan amalan-amalan mampan di dalam kampus. Penyertaan daripada mana-mana kumpulan adalah untuk menilai penglibatan komuniti (kakitangan atau pelajar-pelajar) bersama komuniti-komuniti luar dalam menjalankan aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat ( Corporate Social Responsibility ) atau Enterprise Social daripada sudut ekonomi dan persekitaran serta menghasilkan impak yang besar kepada sumber-sumber yang sedia ada (baru atau terpakai). Program- program yang dibentangkan boleh dinilai berdasarkan pengurangan penggunaan sumber baru atau terpakai, kesedaran dan perubahan sikap atau dapat menghasilkan idea-idea penambahan atau pemulihan dalam mengeluarkan produk/perkhidmatan yang berinovasi. Ianya mestilah menggambarkan perubahan kepada polisi, penggunaan tenaga atau impak persekitaran termasuk pembelian atau pengawasan, pengukuran, dan perubahan kepada nilai kebaikan. Ini bukan sahaja menilai data kuantitatif yang diperolehi tetapi juga terhadap perubahan sikap berdasarkan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2