Blueprint-SmartGreen-PolyCC-2021-2026

48 faktor kemampanan. Kriteria penilaian termasuk juga jenis dokumen yang diserahkan, data-data yang diterima dalam tempoh masa yang sesuai, dan juga sejauh mana peningkatan dalam melakukan perubahan melalui aktiviti Kampus ini dapat difahami, disedari dan diteruskan bersama komuniti dalaman dan luar. Penilaian turut dibuat berdasarkan kesan pengaruh kepada komuniti luar terhadap persekitaran dan komuniti di dalam kampus. Saringan awal perlu dilakukan untuk memberi laluan kepada program yang telah memenuhi kriteria dan ciri-ciri pengurusan mampan. PEMBERITAHUAN DAN PELAKSANAAN ANUGERAH PERTANDINGAN Panel penilai terdiri daripada mereka yang bertauliah dan peka tentang amalan-amalan pengurusan mampan dan impak terhadap ekonomi, persekitaran dan sosial. Penyertaan daripada institusi yang layak untuk memasuki pertandingan akan dimaklumkan melalui emel. Saringan pertama akan dijalankan untuk menapis peserta pertandingan. Intitusi yang menerima surat kelulusan kemasukan pertandingan perlu memberi maklumbalas untuk menyertai pertandingan. Semua penyertaan yang lulus saringan pertama akan menerima surat jemputan untuk menyertai pertandingan pada tahun berikutnya dan pada tahun-tahun seterusnya. Kriteria yang dicari oleh panel hakim. • Pencapaian cemerlang dan / atau inovasi dalam pengurusan projek serta amalan terbaik. • Pencapaian dan / atau Inovasi dalammelaksanakan amalan terbaik dalam pengurusan mampan. Penyertaan hendaklah mempunyai tiga aspek pengurusan projek yang harus ditangani secara individu atau berkumpulan, sertamempertengahkan amalan pengurusan projek mampan dalam setiap aspek • Kompetensi pengurusan projek / bidang pengetahuan dalam bidang pengajian. • Isu atau cabaran berkaitan dengan 17 SDGs. • Inovasi yang dicadangkan dalam idea.

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2