Blueprint-SmartGreen-PolyCC-2021-2026
50 BSGPC adalah kesinambungan daripada BPPM yang telah dilancarkan pada tahun 2015. BSGPC merupakan garis panduan yang mengandungi pelan- pelan tindakan sebagai rujukan bagi setiap politeknik dan kolej komuniti. BSGPC mengandungi garis panduan terancang yang mampu memenuhi Visi, Aspirasi, Objektif Strategik, Pelan Tindakan, dan Petunjuk Prestasi Utama ke arah pengiktirafan politeknik dan kolej komuniti sebagai kampus mampan. Sebanyak tujuh (7) BT telah diwujudkan bagi memastikan setiap aspek kemampanan dapat dipenuhi sejajar dengan agenda SGDs oleh PBB. Bagi memastikan kejayaan pelaksanaan BSGPC, JPPKK telah mewujudkan JK pemandu yang diketuai oleh Ketua Pengarah dan dianggotai oleh semua Pengarah Bahagian JPPKK. Di peringkat politeknik dan kolej komuniti pula, JK pelaksana akan ditubuhkan dan akan dipengerusikan oleh Pengarah di institusi masing-masing. JK ini bertanggungjawab memastikan bahawa kesemua pelan tindakan dan smart goal dapat dicapai dan dilaksanakan. Usaha ke arah memampankan politeknik dan kolej komuniti bermula sejak tahun 2010 lagi. Antara usaha yang telah dilakukan adalah melaksanakan bengkel bagi menghasilkan Master Trainer POLYGreen . Setakat ini seramai 66 pegawai daripada 33 politeknik telah dilantik sebagai master trainer dan penyelaras pelaksana program teknologi hijau di politeknik. Selain daripada itu, pemantauan terhadap pelepasan karbon juga giat dijalankan di setiap politeknik. Tambahan itu, pada tahun 2021-2025 laporan jejak karbon perlu direkod dan dihantar sebanyak 2 kali setahun untuk dianalisis. Bagi meningkatkan kesedaran kalanganwarga JPPKK, politeknik dan kolej komuniti elemen pembangunan mampan telah dimasukkan ke dalam semua aktiviti di institusi sepertimana yang dihasratkan dalam BSGPC. Manakala kurikulum hijau telah mula digunakan bagi sesi Jun 2019 bertujuan supaya graduan yang dihasilkan mempunyai pengetahuan terhadap SDGs yang merangkumi sosio, ekonomi dan alam sekitar. diterapkan dalam kurikulum baru bermula pada sesi Jun 2019. Tujuannya, supaya graduan yang dihasilkan mempunyai pengetahuan terhadap keperluan semasa dan bertanggungjawab terhadap penggunaan bahan mentah, tenaga, air, dan alam sekitar agar tidak menjejaskan keperluan generasi masa depan. BSGPC juga memberi penekanan terhadap komponen Kampus Hijau Politeknik dan Kolej Komuniti daripada semua aspek berdasarkan 17matlamat pembangunan mampan (SDGs). Pengiktirafan akan diberi kepada politeknik dan kolej komuniti melalui penganugerahan utama iaitu: 1. Kampus Mampan 2. Komuniti Mampan 3. Penyelidikan Mampan 4. Pembudayaan Mampan 5. Projek Mampan Penjurian akan dibuat oleh auditor bertauliah GPM dan pensijilan akan mendapat pengiktirafan daripada GPM. Usaha untuk meningkatkan kedudukan institusi di peringkat antarabangsa juga akan dinilai melalui UI Greenmetric World University Ranking . Ini merupakan sebahagian aktiviti politeknik dan kolej komuniti untuk menjadi pemain utama agenda kemampanan. Akhir kata, kejayaan blueprint ini adalah bergantung kepada sistem pelaksanaan dan pemantauan yangmantap yang dijalankan secara berkala. Selain itu juga, boleh dipastikan melalui usaha-usaha penambahbaikan yang dijalankan pada setiap peringkat pelaksanaan supaya sasaran yang ditetapkan adalah tercapai. Adalah diharapkan JPPKK bersama-sama dengan semua politeknik dan kolej komuniti dapat menggembleng seluruh tenaga, dan seterusnya memberikan komitmen yang tidak berbelah bagi untuk mencapai matlamat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan rendah karbon pada tahun 2030.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2