Blueprint-SmartGreen-PolyCC-2021-2026
vii Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), beriltizam untuk terus memainkan peranan yang proaktif dalammemastikan Agenda Matlamat PembangunanMampan 2030 tercapai. Salah satu aktiviti untuk mencapai hasrat tersebut adalahmelalui transformasi Blueprint POLYGreen Politeknik Malaysia 2015-2020 (BPPM) kepada Blueprint SmartGreen Polytechnic Community College 2021-2026 (BSGPC). BPPM sebelum ini memberi penekanan kepada teknologi hijau yang terkandung dalam sepuluh (10) Bidang Tumpuan (BT). Manakala BSGPC melihat cakupan yang lebihmenyeluruh denganmemberi penekanan kepada 17Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) yang terkandung dalam tujuh (7) Bidang Tumpuan. BSGPC dihasilkan berdasarkan rasional dan keperluan berikut: 1. Menjadi rujukan dan panduan kepada semua politeknik dan kolej komuniti dalam halatuju strategik pengurusan mampan. 2. Memantap dan menambah baik sasaran pencapaian projek mampan ke arah mencapai pengiktirafan Kampus Mampan 3. Meningkatkan keupayaan inovasi dan kreativiti dalampembangunan mampan yang mampu meningkatkan impak ekonomi, sosial, dan RINGKASAN EKSEKUTIF persekitaran 4. Memperkukuh jalinan kolaborasi antara institusi dengan pihak berkepentingan, masyarakat dan industri serta tidak lupa kepada golongan kurang upaya BSGPC ini secara langsungnya akan menjadi dokumen rujukan kepada semua aktiviti dan programmampan di setiap politeknik dan kolej komuniti di Kementerian PendidikanMalaysia dan secara tidak langsungnya kepada semua institusi pendidikan yang lain. Sealiran dengan itu, diharapkan agar semua institusi pendidikan dapat memainkan peranan sebagai pusat ilmu untukmelahirkan graduan yangmempunyai pengetahuan dan kepakaran dalam bidang tertentu, juga tidak ketinggalan dalam bidang lain yang dapat memberi nilai tambah kepada jati diri seperti bidang pengurusan mampan dan komunikasi berkesan. Ini akan dapat memenuhi tuntutan dan keperluan dunia pekerjaan yang semakinmencabar yangmemerlukan ketahanan fizikal danmental, berdaya saingdan berkeperibadian yangbaik agar dapat berinteraksi secara berkesan dan harmoni denganmasyarakat dan persekitaran untuk menjamin keseimbangan, kesejahteraan dan kemampanan hidup.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2