Blueprint-SmartGreen-PolyCC-2021-2026
viii Asa l amua l a i kum. .Wa rahma t u l l ah i Wabaraktuh dan Salam Sejahtera Pada masa kini, dunia sering dilanda dengan pencemaran alam sekitar dan perubahan iklim yang semakin meruncing. Kesan permasalahan ini telah memberi kesan negatif kepada alam sekitar, masyarakat, dan ekonomi. Salah satu faktor yang mendorong kepada kesan tersebut adalah pembangunan pesat dan penggunaan sumber alam tidak terurus. Oleh dengan itu, hampir kesemua negara telah mengambil inisiatif bagi mengurangkan dan menyelesaikan kesan ini. Institusi pendidikandilihat sebagai pemangkindanplatform utama dalam menerapkan nilai-nilai kesedaran, pengetahuan, dan kemahiran bagi mengekalkan keseimbangan, kesejahteraan, dan pembangunan mampan. Usaha Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) sebagai salah satu institusi peneraju Technical and Vocational Education and Training (TVET) negara telah menghasilkan Blueprint SmartGreen PolyCC (BSGPC). Usaha positif ini mampu melahirkan tenaga kerja yang mengamalkan inisiatif hijau yang mendukung dan melaksanakaninisiatifpembangunanmampannegara. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Bahagian Kurikulum (BK), JPPKK kerana telah berjaya menterjemahkan inisiatif hijau ini kepada satu garis panduan yang boleh dilaksana dan diukur sebagai rujukan dan panduan kepada semua pihak berkepentingan di JPPKK dan malah, menjadi contoh kepada komuniti sekitar dalam melaksanakan amalan hijau yang terancang dan berjaya. Sekian, terima kasih. Ts. Dr. Mohammad Naim Bin Yaakub KATA-KATA ALUAN KETUA PENGARAH, JPPKK KATA-KATA ALUAN PENGARAH KANAN AKADEMIK JPPKK Asalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh dan Salam Sejahtera Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Blueprint SmartGreen PolyCC (BSGPC) atas kejayaan menerbitkan blueprint ini. BSGPC ini adalah sambungan daripada Blueprint POLYGreen terdahulu yang telah dilancarkan sendiri oleh Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 1 April 2015. BSGPC berpandu kepada pelan tindakan jangka panjang daripada tahun 2021 hingga 2026. Saya berharap agar semua warga JPPKK dan pihak yang berkepentingan dapat menghayati blueprint ini demi mencapai visi, aspirasi, objektif strategik, pelan tindakan, dan petunjuk prestasi utama BSGPC yang telah digariskan. Di samping itu, warga JPPKK dimohon untuk lebih peka dan bersikap positif terhadap isu- isu semasa agar kita dapat bersama-sama menyumbang ke arah pembentukkan persekitaran yang mampan. Kejayaan blueprint ini sebenarnya bergantung kepada sistem pelaksanaan dan pemantauan yang mantap yang dibuat secara berkala. Perubahan dan penambahbaikan kepada pelan tindakan boleh dicadangkan agar sasaran untuk mengintegrasikan amalan pengurusan mampan dapat dicapai. Akhir kata, saya berharap segala strategi dan pelan tindakan yang digariskan dalam BSGPC dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sekian, terima kasih. Ts. Zainab Binti Ahmad
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2