Blueprint-SmartGreen-PolyCC-2021-2026

ix Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Politeknik Malaysia dan Kolej Komuniti secara amnya, merupakan institusi pengajian yang telah berperanan sebagai penyedia latihan TVET terbesar dan telah menyumbang keperluan melebihi 60% daripada tenaga kerja dalam bidang TVET di negara ini. Seiring dengan aspirasi negara, iaitu inisiatif Technical and Vocational Education and Training – Education for SustainableDevelopment (TVET-ESD), politeknik dan kolej komuniti telah terlibat secara langsung dalam mendukung serta melaksanakan inisiatif pembangunan mampan ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Unit Teknologi Pertanian (UTP), Bahagian Kurikulum (BK), Jabatan Pendidikan Polteknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) atas penghasilan Blueprint SmartGreen PolyCC. Diharapkan blueprint ini akan menjadi rujukan penting dalam usaha menjadikan semua institusi di bawah JPPKK sebagai institusi yang mampan. Sekian, terima kasih. Ts. Noor Aidi Binti Nadzri SEKAPUR SIRIH PENGARAH BAHAGIAN KURIKULUM, JPPKK SEKAPUR SIRIH PENGURUS PROJEK MAMPAN Salam Politeknik dan Kolej Komuniti Mampan Dalam kita menuju era globalisasi dan arus kepesatan revolusi industri yang kian mencabar, pendekatan ke arah keseimbangan ilmu dan kemanusiaan amat diperlukan bagi melahirkan insan yang cemerlang yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani, intelektual, dan sahsiah (JERIS). BSGPC merupakan dokumen pelan tindakan yang mengandungi garis panduan perlaksanaan amalan mampan yang bakal melahirkan insan TVET yang berketrampilan, kompeten, dan bertanggungjawab. Sebagai Pengurus Projek Mampan, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga kerja yang telah berhempas pulas membanting minda dan keringat bagi menjayakan penerbitan ini. Sebelum mengundur diri, izinkan saya menyusun sepuluh jari memohon ribuan ampun dan maaf bagi semua pihak dalam Jawatankuasa BSGPC jika terdapat sebarang kekurangan di dalamkandunganBSGPC ini. Segala yang khilaf itu adalahdatangnya daripada kami dan yang baik itu adalah datangnya daripada Yang Maha Bijaksana. Akhir kata, diharapkan BSGPC ini dapat dimanfaatkan oleh semua golongan masyarakat demi menjamin pembangunan dan kemaslahatan manusia. Sekian, terima kasih. LAr. Rohaniah Binti Mohd Nor

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2