Bulan 4K: Keselamatan, Kesihatan, Kebersihan, Kesukarelawanan & Smartgreen PSAS
Prakata Program 4K merupakan inisiatif yang menggabungkan sejumlah program dengan tujuan menerapkan budaya kerja berpasukan di Politeknik Sultan Azlan Shah. Program ini bertujuan untuk mengintegrasikan amalan keceriaan, kebersihan, keselamatan, dan kesihatan di seluruh institusi, berfokus kepada peningkatan kualiti kehidupan di kampus. Tujuan utama program ini adalah mencipta mekanisme yang dapat memperbaiki aspek 4K serta memupuk semangat kerjasama di antara warga Politeknik Sultan Azlan Shah dan pihak luar. Hal ini bertujuan membentuk masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai keceriaan, kebersihan, keselamatan, dan kesihatan. Beberapa program telah dirancang sebagai pengisian insiatif berkenaan, termasuk "Pemeriksaan Kesihatan Buat Warga PSAS", "Kempen Sehari Tanpa Polisterin dan Plastik", "Basic Bodyweight Training For Fitness and Health" , "Lestarikan PSAS: Indahkan Lanskap", dan "Zero E-Waste" . Keseluruhan program 4K menggambarkan integrasi kebersihan, kesihatan, keselamatan, dan keceriaan sebagai satu entiti yang utuh. Program 4K merupakan platform penting untuk penyebaran informasi terkini mengenai kesihatan, khususnya berkaitan dengan aktiviti yang dilakukan oleh pihak politeknik khusus untuk warga kerja dan pelajar. Program ini juga adalah dorongan untuk amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang kurang mempedulikan aspek kesihatan. Warga PSAS dianggap sebagai kumpulan sasaran yang sangat relevan, mengambilkira peranan mereka sebagai tonggak institusi ini. Melalui penyertaan dalam program ini, diharapkan warga kerja dan pelajar akan lebih faham tentang kepentingan belajar dalam ekosistem institusi yang bersih dan ceria, serta memahami kepentingan gaya hidup sihat dan aspek keselamatan yang seharusnya menjadi prioriti dalam kehidupan sehari-hari. Program ini menjadi wahana pembentukan budaya kerja berteraskan 4K sejak awal lagi. i
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2