Bulan 4K: Keselamatan, Kesihatan, Kebersihan, Kesukarelawanan & Smartgreen PSAS

Ts. Hj. Mohd. Zulkefli Bin Ibrahim Pengarah Politeknik Sultan Azlan Shah Pelancaran Program Bulan 4k yang melibatkan keselamatan, kesihatan, kebersihan, kesukarelawanan & Smart Green PSAS 2023 merupakan suatu penganjuran yang julung kali diadakan bagi memartabatkan kehidupan yang seimbang dalam aspek fizikal dan mental. Hasil daripada gabungan elemen-elemen ini mampu menjadi suatu inisiatif yang baik dalam melestarikan matlamat pembangunan mampan (SDGs) yang telah diinspirasikan oleh pihak kerajaan. Agenda keselamatan, kesihatan dan kebersihan merupakan tunjang di dalam kecemerlangan dan kelangsungan sesebuah organisasi pekerjaan. Keseimbangan dan kualiti 4K yang optimis menjadikan warga organisasi akan sentiasa komited dan selesa dengan bidang tugas masing-masing. Selain itu, semangat kesukarelawan yang dititip dan tersemai dalam setiap diri warga kerja mampu melahirkan warga PSAS yang sentiasa prihatin, berkerjasama dan cakna dengan isu berkaitan masyarakat sekeliling. Peningkatan dan perubahan yang mendadak tentang alam sekitar yang semakin melebar telah menuntut kepada suatu agenda global yang lestari bagi memperkukuhkan pelaksanaan konsep sustainable development atau pembangunan lestari. Kesedaran tentang betapa besarnya impak semua perubahan persekitaran global ini, terhadap kehidupan manusia pada masa kini dan hadapan perlulah diberi perhatian yang wajar. Justeru itu, penganjuran program seperti ini secara tidak langsung telah berjaya meningkatkan kualiti kehidupan manusia dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap organisasi disamping memartabatkan kualiti alam sekitar yang lebih baik melalui pemeliharaan dan pengurusan yang pragmatik demi kelangsungan warisan manusia yang akan datang. Ianya wajar diteruskan oleh warga PSAS dari masa ke semasa demi melahirkan manusia yang cemerlang di dalam dunia pekerjaan dan masyarakat yang bertanggungjawab kepada alam sekitar. Akhir sekali, sekalung ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua jawatankuasa yang terlibat dalam menzahirkan program ini. Sesungguhnya kesihatan mental dan fizikal yang optimum mampu melahirkan warga kerja yang cekap dan berkualiti disamping menjadi penduduk bumi yang sentiasa dahagakan alam sekitar yang terjaga daripada kemerosotan secara drastik. Kata Aluan Pengarah ii

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2