Civil Engineering Expo 2026 (CivEx’26)

Program Civil Engineering Expo (CivEx) merupakan program tahunan terbesar dan berimpak tinggi yang dianjurkan oleh Politeknik Sultan Azlan Shah bermula pada tahun 2017. Pengisian program ini adalah pelbagai aktiviti yang dapat memenuhi Key Performance Indicator (KPI) institusi samada akademik dan bukan akademik di samping dapat mengukuhkan hubungan kolaborasi bersama industri, institusi pengajian lain dan juga komuniti setempat. Antara aktiviti yang dilaksanakan pada program CivEx adalah seperti pameran industri, agensi Kerajaan dan swasta, program Pensyarah Pelawat Industri (PPI), program keusahawanan, pertandingan berbentuk kemahiran dan juga aktiviti-aktiviti bersama komuniti. 

 

Untuk penganjuran pada tahun 2026 (CivEx’26), pelbagai aktiviti telah dirangka dengan berfokuskan objektif yang sama dengan beberapa penambahan aktiviti berimpak tinggi yang lain dan dikelaskan mengikut empat kategori utama iaitu akademik, aktiviti bersama komuniti, Corporate Social Responsibility (CSR) dan juga pameran dari agensi yang berkaitan. 

 

Program CivEx’26 yang akan dilaksanakan selama DUA (2) hari berturut-turut ini juga akan menjadikan penganjuran program di PSAS akan lebih sistematik dan lebih berimpak tinggi, serta menjimatkan masa dan tenaga di samping dapat menggunakan peruntukan kewangan yang diperolehi dengan lebih efisyen.



CivEx’26

Civil Engineering Expo 2026 (CivEx’26)



CivEx’26

Pelaksanaan program Civil Engineering Expo 2026 (CivEx’26) anjuran Politeknik Sultan Azlan Shah bersama Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak

Hubungi Kami

Politeknik Sultan Azlan Shah

muthalib@psas.edu.my

TS. ABDUL MUTHALIB BIN ABD. RAHMAN (0126030857)
PN. FAUZIAH BINTI AZIZ (0126042876)

 

Visitors Counter

34854
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Semua Hari
7
0
25
34854

2026-05-24 16:16
Copyright © 2024 Politeknik Sultan Azlan Shah. All Rights Reserved.

Search