GARIS PANDUAN KEWANGAN BAGI PELAKSANAAN PROGRAM1
Garis Panduan Kewangan Bagi Pelaksanaan Program/Aktiviti Pelajar Politeknik Malaysia viii PRAKATA Bersyukur kita ke hadrat ilahi dengan izin dan limpah kurniaNya dapat kita saksikan sebuah penerbitan Garis panduan yang menjadi rujukan buat warga Politeknik dalam melaksanakan sebarang aktiviti dan program samaada bersifat akademik maupun ko kurikulum. Dalam pembangunan sahsiah dan peribadi pelajar yang memerlukan pendekatan yang lebih santai tetapi berkesan diterjemahkan melalui pelaksanaan pelbagai program dan aktiviti dalam dan luar politeknik yang menjadi wadah kepada matlamat tersebut. Penerbitan buku ini diharapkan menjadi punca kuasa kepada pelajar dan juga penasihat program untuk melaksanakan sebarang aktiviti. Penekanan terhadap keperluan penyelarasan setiap politeknik dalam menjalankan aktiviti adalah penting bagi menjamin kepatuhan dan terhindar dari salah urus tadbir khususnya kewangan pelajar. Matlamat utama penerbitan buku ini adalah bagi menggalakkan lagi pelbagai program dan aktiviti pelajar dilaksanakan mengikut garis panduan yang betul dan seterusnya membudayakan perancangan aktiviti dikalangan staff secara lebih terancang. Semoga dengan terbitnya buku ini menyemarakkan lagi aktiviti dan program pelajar baik akademik, kepimpinan, kesukarelawanan, patriotisme, kerohanian dan lain-lainnya. MARZUKI BIN SEPIAAIL KETUA PENGARANG
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2