GARIS PANDUAN KEWANGAN BAGI PELAKSANAAN PROGRAM1

GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN TABUNG AKTIVITI PELAJAR DAN PENGURUSAN AKTIVITI PELAJAR POLITEKNIK 1.0 TUJUAN Garis panduan ini disediakan untuk mendapatkan keselarasan berhubung dengan kadar perbelanjaan bagi aktiviti pelajar yang dianjurkan di dalam/luar kampus Politeknik Malaysia serta penyertaan pelajar dengan menggunakan peruntukan Tabung Aktiviti Pelajar (TAP). Tatacara menjalankan aktiviti pelajar adalah merupakan garis panduan dalam mengurus aktiviti pelajar termasuk dari aspek perbelanjaan kewangan dan pengurusan aktiviti. Ia bertujuan agar perbelanjaan yang dibuat menitikberatkan penjimatan dan perbelanjaan berhemah serta berpegang teguh kepada amalan- amalan terbaik agar ianya akan dapat memberi pulangan yang optimum dalam pengurusan penggunaan wang pelajar. Segala butiran perbelanjaan hendaklah dinyatakan dengan jelas selain menyatakan sumber peruntukan yang ingin dipohon 1.1 DASAR ❖ Satu Jawatankuasa Penasihat Kewangan TAP ditubuhkan untuk menggubal/ mengemaskini semula dasar/polisi dalaman kewangan bagi pelaksanaan program/ aktiviti pelajar. ❖ Kelulusan dasar/polisi dalaman kewangan TAP diluluskan oleh Pengurusan Tertinggi BAPP. ❖ Keutamaan sumber kewangan yang membiayai pelaksanaan program/ aktiviti pelajar adalah daripada peruntukan Anggaran Belanja Mengurus Tahunan (ABM) Politeknik.

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2