GARIS PANDUAN KEWANGAN BAGI PELAKSANAAN PROGRAM1

Garis Panduan Kewangan Bagi Pelaksanaan Program/Aktiviti Pelajar Politeknik Malaysia 6 memerlukan pelajar berada di sesuatu kawasan penginapan walaupun berdekatan dengan penginapan asal. Bayaran bagi penginapan pelajar berdasarkan ketetapan dalam lampiran b. Makan Minum Bagi tujuan penyelarasan dan mengambil kira dasar semasa kerajaan serta pekeliling JPPKK kadar makan minum kepada pelajar hendaklah mengambil langkah penjimatan dan Penyelaras TAP boleh mempertimbangkannya mengikut budibicara dan kedudukan kewangan semasa c. Kenderaan Untuk tujuan keluar dari institusi, kenderaan institusi hendaklah diutamakan terlebih dahulu. Namun atas kepentingan dan keselamatan pelajar kenderaan sewaan dibenarkan sekiranya masih ada kewangan sewaan. Penggunaan kenderaan sendiri tidak digalakkan kecuali setelah mendapat persetujuan dari Ketua Jabatan HEP/ TPSA atau Pengarah. 1.4 AGIHAN KEWANGAN Setiap Jabatan, Unit atau Kelab yang berdaftar di bawah Majlis Perwakilan Pelajar adalah diperuntukkan mengikut pecahan agihan yang telah disediakan oleh pihak BAPP dan mendapat kelulusan Ketua Pengarah. Peruntukan ini kemudiannya akan diagihkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar setiap awal semester bermula.

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2