GARIS PANDUAN KEWANGAN BAGI PELAKSANAAN PROGRAM1

Garis Panduan Kewangan Bagi Pelaksanaan Program/Aktiviti Pelajar Politeknik Malaysia 8 2.0 TATACARA & PANDUAN PENGGUNAAN TABUNG AKTIVITI PELAJAR Tatacara dan Panduan yang terkandung di dalam buku ini hendaklah dilaksanakan dan dipatuhi oleh setiap Person incharge bagi memastikan objektif penggunaan Tabung Aktiviti Pelajar (TAP) dipergunakan dengan sebaik mungkin. TAP hanya diperuntukkan kepada jabatan /unit dan kelab/ persatuan yang berdaftar dengan politeknik Kelab persatuan yang berdaftar di politeknik adalah kelab persatuan yang keanggotaannya terbuka kepada semua pelajar (kecuali kokurikulum berkredit) boleh memohon peruntukan daripada HEP manakala peruntukan bagi kelab/ persatuan yang keanggotaannya hanya melibatkan pelajar jabatan tertentu sahaja adalah daripada peruntukan jabatan. Walau bagaimanana pun, kesemua kelab tersebut hendaklah berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Pelajar di bawah seliaan penasihat MPP. Aktiviti/ program yang dianjurkan perlulah untuk kepentingan pelajar tanpa melanggar mana-mana peruntukan di dalam Akta 174 dan penyertaannya terbuka kepada mana-mana pelajar yang berminat. Pengisian kegiatan aktiviti pelajar hendaklah mengutamakan aktiviti yang berkaitan dengan objektif penubuhannya. Peruntukan kewangan adalah bergantung kepada status keutamaan aktiviti yang hendak dijalankan. 2.1 Makan Minum (bagi jamuan/majlis rasmi) i. Jamuan bagi Majlis Penghargaan, Majlis Anugerah Tokoh dan Malam Pra Graduan di peringkat kelab/ persatuan/ unit/ jabatan hanya boleh dilaksanakan sekali sahaja dalam satu semester sama ada di awal atau di hujung semester dan ianya tertakluk kepada kedudukan kewangan kelab / persatuan/ unit/ jabatan.

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2