GARIS PANDUAN KEWANGAN BAGI PELAKSANAAN PROGRAM1
Garis Panduan Kewangan Bagi Pelaksanaan Program/Aktiviti Pelajar Politeknik Malaysia 17 3.0 TATACARA PERMOHONAN MENJALANKAN AKTIVITI PELAJAR 3.1 Jabatan/ Unit/ Kelab/ Persatuan perlu menyediakan Takwim Perancangan Aktiviti Pelajar ( Lampiran 5 ) pada setiap semester dan mengemukakan perancangan aktiviti kepada ketua jabatan/ketua unit selewatnya-lewatnya 3 minggu selepas semester baru bermula. Tanpa penghantaran takwim aktiviti, sebarang kertas kerja yang diterima tidak akan dipertimbangkan untuk diproses kecuali aktiviti- aktiviti " ad-hoc” atas arahan Pengarah. 3.2 Perancangan aktiviti bagi mana-mana persatuan pelajar hendaklah sesuai dengan objektif dan tujuan penubuhan persatuan/ kelab. 3.3 Permohonan menjalankan aktiviti pelajar hendaklah mengikut prosedur ( Lampiran 6 ) dan disertakan dengan kertas kerja mengikut format yang ditetapkan ( Lampiran 7 ) . 3.4 Kertas kerja permohonan untuk menjalankan aktiviti pelajar mestilah disediakan oleh pelajar , disemak oleh Penasihat Kelab/ Ketua Program dan disokong oleh Ketua Jabatan/ Ketua Unit sebelum disokong oleh Ketua Jabatan/ Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar untuk diluluskan oleh Pengarah/ Timbalan pengarah.Namun begitu Proses sokongan dan kelulusan tertakluk pada pengurusan intitusi. 3.5 Untuk memudahkan urusan pemantauan dan analisa pelaporan aktiviti, kategori aktiviti pelajar adalah seperti berikut:
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2