GARIS PANDUAN KEWANGAN BAGI PELAKSANAAN PROGRAM1

Garis Panduan Kewangan Bagi Pelaksanaan Program/Aktiviti Pelajar Politeknik Malaysia 26 4.1 TATACARA SEMASA MENJALANKAN AKTIVITI PELAJAR 4.2 Rujuk Senarai Semak Penyediaan Laporan Aktiviti Pelajar ( Lampiran 17 ) supaya semua dokumen adalah lengkap untuk tujuan pelaporan. 4.3 Semua aktiviti pelajar yang dijalankan hendaklah didokumentasikan bagi tujuan pelaporan dalam bentuk gambar, video, dan lain-lain yang bersesuaian. 4.4 Kehadiran pelajar/ orang luar yang menyertai program perlu diambil sebagai bukti kehadiran dengan menggunakan Borang Kehadiran Peserta ( Lampiran 11 ) . 4.5 Aktiviti luar yang berunsur alam semulajadi atau persekitaran yang sedia ada (darat, laut dan udara) hendaklah mematuhi segala langkah keselamatan bagi menghalang berlaku kecederaan, kemalangan atau kematian mengikut SOP rekreasi yang sedang berkuatkuasa . 4.6 Taklimat keselamatan perlu diberikan kepada peserta dan perancangan yang teliti hendaklah dibuat kepada aktiviti yang hendak dianjurkan. Aktiviti luar yang berisiko tinggi hendaklah menggunakan khidmat jurulatih bertauliah mengikut SOP rekreasi yang sedang berkuatkuasa 4.7 Bayaran saguhati kepada penceramah/ fasilitator/ jurulatih/ pengadil/ panel, perlu disokong dengan Slip Akuan Penerimaan Bayaran ( Lampiran 9 ) . Slip yang asal perlu dihantar ke HEP beserta laporan program yang lengkap. 4.8 Pelajar yang layak menerima Elaun Harian perlu direkodkan dengan menggunakan Borang Penerimaan Elaun Pelajar ( Lampiran

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2