GARIS PANDUAN KEWANGAN BAGI PELAKSANAAN PROGRAM1
Garis Panduan Kewangan Bagi Pelaksanaan Program/Aktiviti Pelajar Politeknik Malaysia 29 5.0 TATACARA SELEPAS MENJALANKAN AKTIVITI PELAJAR 5.1 Rujuk Senarai Semak Penyediaan Laporan Aktiviti Pelajar ( Lampiran 17 ) supaya semua dokumen adalah lengkap untuk tujuan pelaporan kecuali bagi program PPI dan kesukarelawan. 5.2 Menganalisa Borang Penilaian Keberkesanan Program (Lampiran 19 / 20 - mana yang berkenaan) dengan menggunakan format Laporan Penilaian Keberkesanan Program (Lampiran 21 / 22 - mana yang berkenaan) 5.3 Sediakan Laporan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar ( Lampiran 23 ). Bagi program PPI dan kesukarelawan, mohon guna format laporan yang telah ditetapkan. 5.4 Peruntukan yang tidak dibelanjakan hendaklah dipulangkan kepada Bendahari TAP dengan menggunakan Borang Pemulangan Peruntukan Aktiviti (Lampiran D ) yang terdapat pada Lampiran 23. Baki tersebut akan dimasukkan semula ke dalam peruntukan Jabatan/ Unit/ Kelab/ Persatuan. 5.5 Hantar Laporan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar dalam bentuk "soft copy” atau "hard copy” ke Jabatan/Unit dalam tempoh 14 hari selepas aktiviti dilaksanakan. 5.6 Aktiviti seterusnya hanya boleh dijalankan selepas Laporan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar disahkan penerimaan oleh HEP. 5.7 Sekiranya Laporan Pelaksanaan Aktiviti Pelajar tidak dihantar, Pengarah berhak untuk tidak meluluskan kertas kerja yang dikemukakan di masa akan datang.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2