GARIS PANDUAN KEWANGAN BAGI PELAKSANAAN PROGRAM1

Garis Panduan Kewangan Bagi Pelaksanaan Program/Aktiviti Pelajar Politeknik Malaysia 32 6.0 TATACARA MENJALANKAN PROGRAM PELAJAR DI LUAR NEGARA 6.1 Permohonan menganjurkan aktiviti pelajar ke luar negara mestilah dibuat melalui Pengarah Politeknik/kolej komuniti sebelum dikemukakan untuk kelulusan oleh Ketua Pengarah JPPKK 2 bulan sebelum tarikh program. 6.2 Pegawai pengiring yang dilantik secara rasmi oleh politeknik/kolej komuniti untuk mengiringi pelajar perlu memohon sendiri kelulusan perjalanan rasmi (mengikut pekeliling yang sedang berkuatkuasa) kepada pihak berkenaan. 6.3 Pelajar wajib mengisi Borang Jaminan Diri yang melepaskan politeknik/kolej komuniti daripada sebarang tanggungan sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini akibat kecuaian pelajar atau tingkahlaku pelajar sendiri. 6.4 Negara yang diluluskan oleh Kerajaan Malaysia sahaja. 6.5 Kelulusan permohonan bergantung kepada keupayaan mendapatkan pembiayaan kewangan (peruntukan institusi atau persendirian). 6.6 Membeli insurans perjalanan yang khas untuk ke tempat lawatan. 6.7 Maklumat berkaitan lawatan perlu dimaklumkan dan dihantar kepada Wisma Putra/ Kedutaan Malaysia di negara berkenaan.

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2