GARIS PANDUAN KEWANGAN BAGI PELAKSANAAN PROGRAM1
Garis Panduan Kewangan Bagi Pelaksanaan Program/Aktiviti Pelajar Politeknik Malaysia 34 7.0 TATACARA JEMPUTAN PENCERAMAH LUAR BAGI PROGRAM PELAJAR DI POLITEKNIK/KOLEJ KOMUNITI 7.1 Syarat lantikan penceramah luar • Ketua Jabatan/ Unit perlulah memastikan agar penceramah luar yang dilantik memenuhi kriteria-kriteria berikut: i. Mempunyai kepakaran khusus untuk memberi ceramah/ syarahan atau mengendalikan kursus/ latihan yang diperlukan. ii. Berkebolehan dan terkemuka serta diperakui taraf akademiknya di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. iii. Menyatakan dengan jelas skop perkhidmatan, bidang kepakaran, kelayakan, pengalaman, jumlah jam pengalaman dan jumlah peserta yang pernah dikendalikan. iv. Menunjukkan imej yang sopan yang boleh menjadi panduan kepada pelajar. v. Tidak menyatakan atau menunjukkan penglibatannya terhadap mana-mana pihak, kumpulan, termasuk gerakan, fahaman dan parti politik. vi. Mendapat tauliah dari badan-badan yang berkaitan. 7.2 Tugas dan tanggungjawab pihak penganjur • Penceramah luar yang dilantik perlulah diingatkan supaya: i. Mengadakan perbincangan untuk mendapatkan pandangan dan nasihat mengenai program/ tajuk ceramah/ syarahan bersama wakil jabatan. ii. Menyampaikan kuliah dan dialog dalam bidang-bidang kursus/ kepakaran tertentu kepada pelajar dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris kecuali yang berkaitan dengan Bahasa tersebut. iii. Memberi ceramah/ syarahan dalam kursus/ latihan yang dianjurkan oleh jabatan dengan tidak menyentuh isu-isu
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2