GARIS PANDUAN KEWANGAN BAGI PELAKSANAAN PROGRAM1

Garis Panduan Kewangan Bagi Pelaksanaan Program/Aktiviti Pelajar Politeknik Malaysia vi Sekapur Sirih Pengarah Pengarah Bahagian Pembangunan Pelajar Bismillahirrahmanirrahim... Segala puji bagi Tuhan sekalian alam. Dengan izin dan rahmat-Nya, buku ini dapat diperhalusi sebaiknya. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua pegawai yang terlibat di dalam penghasilan buku garis panduan ini. Perkembangan arus globalisasi hari ini cukup mencabar. Dalammenghasilkan kecemerlangan bakat melalui lonjakan kedua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi), pelbagai aspek kebajikan dan disiplin yang memerlukan keseimbangan. Keseimbangan ini adalah menjurus ke arah keberhasilan mutu graduan bercirikan teknikal dan holistik. Justeru, adalah diharapkan agar buku garis panduan yang dibangunkan secara kolektif ini dapat memberikan keselarasan kepada pelaksanaan tindakan di Politeknik Malaysia. Keselarasan ini penting demi memberikan keadilan dan kesamarataan kepada semua pelajar. Dengan adanya kesepakatan dalam mengendalikan isu di kampus, buku ini dilihat dapat memberikan panduan yang berinformasi. Di samping itu juga, ia bukan sahaja dapat digunapakai oleh pegawai sedia ada, namun kepada yang bakal dilantik kelak. Semoga buku ini sedikit sebanyak memberikan gambaran betapa Bahagian Pembangunan Pelajar memandang serius terhadap pembangunan kebajikan dan disiplin pelajar daripada pelbagai latar. Graduan yang bakal memenuhi lapangan industri mahupun institusi pendidikan tinggi yang lain, diharapkan dapat mencerminkan kualiti transformasi minda kelas pertama seiring menuju Transformasi Nasional 2050 (TN50). Terima kasih sekali lagi kepada

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2