LAPORAN TAHUNAN PSAS 2024 (Unit Sokongan dan Perkhidmatan)
Kursus Pertolongan Cemas anjuran Pusat Latihan dan Pendidikan Lanjutan telah dilaksanakan pada 15 Ogos 2024 bertempat di Bilik Emerald PLPL PSAS untuk staf sokongan yang telah dihadiri oleh 33 orang staf dari pelbagai unit. Kursus ini telah dikendalikan oleh Dr. Siti Habsah binti Salleh, Dr Pakar Perubatan Kecemasan dari Hospital Slim River selaku penceramah dan seramai 10 orang fasilitator yang juga dari unit kecemasan Hospital SlimRiver. Kursus ini telah mendapat respond yang baik dari peserta kerana setiap peserta diberi peluang untuk mencuba secara praktikal di atas ilmu yangdipelajari olehmereka. Kami selaku urusetia mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang hadir dan terima kasih kepada pasukan unit kecemasan Hospital Slim River di atas kesudian meluangkan masa untuk berkongsi ilmu dengan kakitangan PSAS. Kursus Pertolongan Cemas LAPORAN AKTIVITI PUSAT LATIHAN DAN PENDIDIKAN LANJUTAN 2024
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2