LAPORAN TAHUNAN PSAS 2023
LATAR BELAKANG PSAS Pada 27 Mac 2004, Politeknik Tanjong Malim (PTM) dengan rasminya bernaung di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan menawarkan 7 program sijil dan 8 program diploma pada ketika itu. Pada 7 Mei 2005, PTM telah dirasmikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dengan diberi nama baru, Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS). Bermula Julai 2010, PSAS menumpukan kepada 14 Program Pengajian di peringkat Diploma dan 1 Program Pengajian di peringkat Diploma Lanjutan iaitu Diploma Lanjutan Kejuruteraan Rekabentuk dan Pembuatan Automotif yang mula dikelolakan pada Julai 2010. Program ini adalah usahasama di antara pihak Proton Holdings Berhad bersama pihak Politeknik Sultan Azlan Shah yang menggunakan pendekatan Work Based Learning (WBL). Sehingga kini seramai 89 orang pelajar telah berdaftar di dalam program pengajian tersebut dan bergraduat pada Majlis Konvokesyen yang ke 10. Program pengajian lain dikelolakan oleh 4 Jabatan utama di PSAS iaitu Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Perdagangan, disokong oleh 2 jabatan sokongan iaitu Jabatan Pengajian Am dan Jabatan Matematik dan Sains Komputer. Pihak pengurusan pentadbiran PSAS dibantu oleh 14 unit sokongan dan perkhidmatan. Selepas 13 tahun penubuhan, PSAS mengorak langkah lebih jauh kehadapan dengan menawarkan program Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Automotif Pembuatan, tahun 2014 menyaksikan kohort pertama pelajar Ijazah Sarjana Muda Automotif Pembuatan seramai 25 orang ini memulakan sesi pengajian di PSAS. Tahun 2015 juga mencatatkan sejarah di dalam pencapaian PSAS apabila berjaya memperolehi Gold Award di dalam siri audit APACC yang diadakan pada awal tahun 2015. Ini merupakan pencapaian antarabangsa yang pertama oleh PSAS di dalam Pengurusan Institusi.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2