LAPORAN TAHUNAN PSAS 2023

KATA ALUAN PENGARAH Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T, kerana dengan keizinanNya jua, kita dapat bersua kembali melalui Laporan Tahunan Politeknik Sultan Azlan Shah Tahun 2023. Laporan ini bertujuan melaporkan pelbagai aktiviti yang dilaksanakan melibatkan jabatan dan unit di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) sepanjang tahun 2023. Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat bagi menerbitkan Buku Laporan Tahunan Politeknik Sultan Azlan Shah 2023 ini. Seperti mana yang kita sedia maklum, keseluruhan laporan tahunan ini menggambarkan usaha dan pencapaian PSAS sepanjang tahun 2023. Alhamdulillah, gerak kerja pada tahun ini berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang ditetapkan. Berpandukan Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti (2021-2025), tahun 2023 telah melakar pelbagai kejayaan buat pelajar dan pensyarah PSAS tidak kira sama ada di peringkat kebangsaan mahu pun antarabangsa. Pencapaian yang membanggakan ini mengangkat PSAS untuk berdiri sama tinggi dengan institusi pengajian tinggi yang lain. Akhir kata, semoga Laporan Tahunan ini menjadi petunjuk untuk kita meningkatkan lagi prestasi bagi mencapai kecemerlangan yang unggul di masa akan datang. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga PSAS yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang padu dalam menggalas amanah yang diberikan. Semoga Allah SWT merahmati usaha anda semua. Terima kasih.

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2