Laporan Tahunan PSAS 2022

MOTIVASI HALA TUJU KERJAYA "MENYELAMI DIRI & MINAT KERJAYA MELALUI INVENTORI MINAT KERJAYA SIDEK (IMKS) & INVENTORI PERSONALITI WARNA (IPW)" 12 APR IL 2022 Program Motivasi Hala Tuju Kerjaya ini dianjurkan untuk memberi penerangan yang lebih jelas kepada pelajar baru berkaitan hubung kait kursus pengajian yang diambil dengan pekerjaan yang bakal diperoleh dan memberi panduan kepada mereka agar tidak tersilap memilih kursus pengajian. Program ini dilaksanakan di Dewan Kuliah Utama, PSAS dengan penyertaan seramai 147 pelajar terdiri daripada pelajar semester 1 (JKA, JP, JKE) & semester 2 (JKM). Program ini merupakan anjuran bersama unit CISEC & unit pengurusan psikologi. OBJEKTIF PENGENALAN KEBERKESANAN PROGRAM Memberikan dorongan, semangat dan motivasi kepada pelajar. Memberikan panduan agar pelajar memilih bidang pengajian yang bertepatan dengan minat dan kecenderungan. Memberi suntikan semangat untuk berdaya saing dalam akademik menerusi perkongsian kejayaan alumni PSAS. Program ini membantu pelajar untuk mengenali personaliti diri masing-masing. Program ini membantu pelajar untuk memahami orientasi diri dan mengadaptasi diri dengan persekitaran serta mengenali kelebihan dan kelemahan diri. Program ini meningkatkan semangat untuk berdaya saing dalam akademik. 16

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2