Laporan Tahunan PSAS 2022
Kursus Real World: Attending Interviews Virtual/Physical ini dianjurkan adalah untuk memberikan pendedahan dan persediaan awal kepada pelajar semester akhir dari segi penyediaan resume, persediaan yang perlu dilakukan untuk menghadiri temuduga. Penyertaan pelajar semester akhir dalam kursus ini secara tidak langsung akan memantapkan mereka dari segi mental, fizikal dan emosi supaya berada dalam keadaan yang baik semasa berdepan dengan sesi temuduga serta ilmu yang diperolehi akan menambahkan keyakinan diri mereka. Kursus ini disampaikan oleh Cik Komalaa Naaidu a/p Parthiban (Senior Recruitment Consultant) dari Agensi Pekerjaan Interisland Sdn Bhd & penyertaan oleh pelajar semester 5 PSAS. Program ini menggunakan platform Ms Teams. Mencungkil kebolehan atau kekuatan yang ada didalam diri para pelajar supaya mereka lebih yakin untuk melangkah ke alam temuduga yang serba mencabar. 1. Memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar semester 5 mengenai teknik membuat resume untuk permohonan pekerjaan. 2. Memberikan pendedahan mengenai persediaan untuk menghadapi sesi temuduga bersama industri. 3. Memberikan peluang menghadapi sesi temuduga yang sebenar dan peluang pekerjaan kepada pelajar. PENGENALAN OBJEKTIF 29 APRIL 2022 KEBERKESANAN PROGRAM 18
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2