Laporan Tahunan PSAS 2022

MESYUARAT KOLABORASI DIANTARA JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI BERSAMA MEDIVEST SDN BHD SERTA INSTITUSI. 23 MEI 2022 PENGENALAN OBJEKTIF KEBERKESANAN PROGRAM Setiap institusi akan dilihat pencapaian utama melalui kebolehpasaran graduan setiap tahun agar mencapai KPI yang telah ditetapkan iaitu 90%. Oleh itu, CISEC PSAS mengambil inisiatif dengan melakukan Mesyuarat Kolaborasi antara Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) bercadang untuk mengadakan perbincangan peluang kolaborasi bersama Medivest Sdn Bhd dengan JPPKK. Antara perkara yang dibincangkan adalah perbincangan program kerjasama diantara JPPKK bersama Medivest, program penempatan Work-Based Learning (WBL), latihan industri (LI) dan s tructured internship program (SIP) dan penempatan pekerjaan. Melakukan kolaborasi diantara JPPKK bersama Medivest. Membincangkan penempatan Work-Based Learning (WBL), latihan in dustri (LI) dan S tructured Internship Program (SIP) bersama industri. Membincangkan peluang penempatan pekerjaan untuk graduan bersama industri. Mengeratkan hubungan kerjasama antara PSAS dengan rakan-rakan industri. Mendapatkan maklumbalas terhadap keperluan industri terutama yang melibatkan kolaborasi dan penempatan kerja graduan. Meningkatkan lagi kualiti kerja dan mencapai KPI masing-masing. Sesi dimulakan dengan lawatan di bengkel AV & POLCAM di JKM. Selesai lawatan mesyuarat diteruskan di Bilik Persidangan, PSAS bagi membincangkan keperluan antara dua pihak. TURUT HADIR BERSAMA : 1- PUAN YUSMA BT YUSOF PENGARAH BKIK 2- EN. AHMAD WAFI BIN HJ. MOHD SALEH PENOLONG PENGARAH KANAN, BKIK 3- EN. WAN MUHAMAD FIRDAUS PENGURUS SUMBER MANUSIA MEDIVEST SDN. BHD. 4- PUAN DAMIA' BINTI ABDUL GHAFUR PENOLONG PENGARAH BIPD 5- PUAN SITI MARLINA BT MOHAMMAD AMIN TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK, PSAS 6- PUAN NORHAYATI BINTI JAMIL KETUA CISEC, PSAS 7- EN. AL BUKHARI BIN MARZUKI PEGAWAI TEKNOLOGI TINGGI , PSAS 8- KETUA PROGRAM & PENSYARAH WBL , JKM 20

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2