Laporan Tahunan PSAS 2022
F O R U M I N D U S T R I : CHALLENGES IN TECHNOLOGY VS PSAS GRADUATE 2 6 M E I 2 0 2 2 PENGENALAN KEBERKESANAN PROGRAM Peserta didedahkan dengan perkembangan teknologi kini. Peserta didedahkan dengan isu semasa serta cabaran teknologi di masa kini. Peserta dapat mengetahui saluran pekerjaan yang sesuai diceburi berdasarkan bidang ilmu yang dipelajari ketika ini. Peserta dapat mengetahui teknik baharu dalam bidang masing-masing. Peserta digalakkan untuk meningkatkan tahap keupayaan dalam mendepani teknologi. Fenomena industri 4.0 menuntut peranan penting pendidikan tinggi negara memandangkan dunia maya tanpa sempadan mengubah sistem ekonomi tradisional kepada sistem ekonomi digital berpaksikan kecerdasan buatan (AI) dan internet kebendaan (IoT). Revolusi industri 4.0 (IR 4.0) menyebabkan fenomena data raya menjadi norma baharu dan mengubah pelbagai cara pelaksanaan dalam sektor pendidikan , komunikasi, pembuatan, pemasaran dan perkhidmatan. Pengembangan industri 4.0 juga menyebabkan pengetahuan bidang teknologi menjadi komponen penting dalam melestarikan pembangunan negara. Pelaksanaan akan turut merangkumi penggunaan dalam infrastruktur kritikal negara seperti insfrastruktur teknologi, tenaga, kewangan, pengangkutan dan bandar pintar serta lain lagi industri. Forum ini menjemput 2 panel yang hebat iaitu Prof Adjung Kamaruzaman bin Jahidin & Prof Ts Mohamad Sattar bin Rasul. Penyertaan pelajar seramai 123 pelajar & dilaksanakan di Dewan Kuliah Utama (DKU), PSAS. OBJEKT I F Mengenalpasti cabaran teknologi di masa hadapan. Mengetahui saluran pekerjaan yang sesuai diceburi berdasarkan bidang ilmu yang dipelajari ketika ini. Menyedari kepentingan memperdalami teknik baharu (teknologi terkini) dalam bidang masing- masing supaya lebih kreatif dan inovatif. Memahami tahap keupayaan graduan masa kini dalam mendepani teknologi. IMBAS QR CODE https://bit.ly/YoutubeForumIndustri 23
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2