Laporan Tahunan PSAS 2022
Program CEO@POLYCC Talk diadakan adalah bertujuan membantu pihak jabatan mendapatkan perkongsian ilmu bersama pelajar dari pihak industri yang relevan dengan silibus dalam pembelajaran. Program ini dapat memberikan pendedahan serta gambaran jelas kepada pelajar selain yang diajar oleh pensyarah dan mereka dapat perolehi ilmu berkaitan dengan keperluan industri. Program ini turut dilaksanakan untuk memberi ruang kepada pengarah urusan Syarikat Astana Digital Sdn Bhd, En. Saiful Azmi bin Hamzah berkongsi pengalamannya dalam menjalankan perniagaan dalam bidang perniagaan robotik, elektrik dan elektronik bersama pelajar PSAS. Pelajar berpeluang mengetahui peluang dan cabaran yang dihadapi dalam menjalankan perniagaan tersebut. Program ini dilaksanakan untuk membuka peluang kepada pelajar untuk berkomunikasi secara terus dengan pihak industri dan mewujudkan komunikasi 2 hala antara politeknik dan industri. Mencapai kehendak serta keperluan silibus yang selari dengan keperluan industri. Mendapat pengalaman yang luas dan jelas perkaitan teori yang diajar didalam kelas dengan gambaran dialam industri. Menanam minat kepada pelajar dalam bidang keusahawanan. Menyampaikan maklumat tentang projek yang berimpak tinggi yang boleh dibangunkan pelajar dalam projek akhir. CEO@POLYCC TALK 30 OG S 2022 KEBERKESANAN PROGRAM Program CEO@POLYCC berjaya dilaksanakan dan berjalan dengan lancar. Penceramah yang merupakan golongan professional dalam bidang IR 4.0 telah hadir dan berjaya mengupas isu berkaitan impak dan cabaran yang wujud dalam merealisasikan dasar Industrial Revolution 4.0. Penganjuran program seperti ini amat digalakkan bagi memperluas pengetahuan dan memahami pandangan berkenaan sesuatu isu dari sudut industri OBJEKTIF PROGRAM IMBAS QR CODE https://bit.ly/CEOPOLYCCTalkPSAS 28
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2