Laporan Tahunan PSAS 2022
Bismillahirrahmanirrahim … Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Akhir kalam, tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua warga PSAS khususnya sidang redaksi kerana telah sama-sama memberi warna dalam pengurusan UPEP sepanjang tahun 2022. Terima kasih seluhurnya atas segala kenangan dan memori yang terpalit di dalam buletin ini. Semoga usaha dan sumbangan dalam penerbitan buletin ini dapat memberi manfaat kepada semua. UPEP berfungsi dalam menguruskan perjalanan peperiksaan akhir dan menguruskan penganugerahan Sijil/Diploma dan Ijazah Sarjana Muda bagi pelajar di PSAS. Terdahulu, ketika negara dilanda mehnah pandemik Covid 19, UPEP telah memberi komitmen sepenuhnya menguruskan hal-hal peperiksaan mengikut norma baharu bagi memastikan pelajar-pelajar PSAS dapat menamatkan pengajian dalam tempoh masa yang ditetapkan. Pelbagai cabaran yang telah ditempuh dalam usaha mencapai objektif unit dan semoga ia menjadi semangat yang berterusan untuk staf UPEP. Buat julung kalinya Buletin Unit Penilaian Dan Peperiksaan (UPEP) dapat diterbitkan pada tahun 2023. Syukur alhamdulilah ke hadrat Ilahi atas ilham yang diberikan olehNya untuk menerbitkan buletin ini. Setinggi penghargaan juga buat sidang redaksi atas kejayaan penerbitan buletin ini. Inisiatif penerbitan ini amatlah murni dalam mendokumentasikan maklumat dan merakamkan kenangan semasa melaksanakan aktiviti-aktiviti UPEP di PSAS. Saya yakin intipati buletin adalah bukti komitmen yang tinggi dan kerjasama yang baik daripada semua staf dan pegawai di UPEP. AWAL KALAM 02 BULETIN UPEP I EDISI 2022 FAUZIAH BINTI MOHD YUSOF KETUA UNIT PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2