Laporan Tahunan PSAS 2022

UPEP ialah satu unit yang bertanggungjawab menyiapkan kertas peperiksaan akhir semester, memproses keputusan penilaian selepas semester pengajian berakhir dan menyiapkan Sijil/Diploma bagi pelajar yang telah menamatkan pengajian. UPEP PSAS telah beroperasi sejak pelajar ambilan pertama mendaftar pada tahun 2003. Pada ketika itu, unit ini hanya diterajui oleh seorang Ketua Unit secara hakiki dan dibantu oleh 4 orang Penyelaras Peperiksaan Jabatan daripada setiap jabatan induk iaitu JKA, JKE, JKM dan JP. Semua pegawai ini adalah terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Tinggi. Pada tahun 2007, penstrukturan semula UPEP telah berlaku dan unit ini secara hakiki terdiri daripada seorang Ketua Unit dan dua orang pegawai iaitu Pegawai Peperiksaan (Pengurusan Penilaian) dan Pegawai Peperiksaan (Rekod Dan Pensijilan). Organisasi unit juga dibantu oleh seorang Pembantu Tadbir dan seorang Pembantu Operasi. Selain itu, UPEP juga dibantu oleh Penyelaras Peperiksaan Jabatan daripada setiap jabatan induk dan jabatan sokongan iaitu JKA, JKE, JKM, JP, JMSK dan JPA. 04 LATAR BELAKANG UNIT BULETIN UPEP I EDISI 2022

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2