Laporan Tahunan PSAS 2022
Peperiksaan akhir pada Sesi I: 2022/2023 pula dilaksanakan sepenuhnya secara bersemuka. Tempoh perlaksanaan adalah dari 12 hingga 29 Disember 2022. Peperiksaan diadakan di Dewan Muallim PSAS dan di bilik kuliah jabatan induk yang ditetapkan. Dasar pelaksanaan peperiksaan akhir bermula semester ini adalah menetapkan tiada peperiksaan pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad dan Cuti Umum seperti yang disarankan oleh Menteri Pendidikan Tinggi. Tahniah kepada para pelajar yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun 2022. Pada awal tahun 2022, politeknik Malaysia telah menggunakan kaedah penilaian alternatif sebagai ganti bagi perlaksanaan peperiksaan akhir. Penilaian Alternatif dilaksanakan secara hybrid iaitu secara bersemuka atau dalam talian bergantung kepada penetapan di peringkat jabatan. Garis Panduan Pengurusan dan Perlaksanaan Peperiksaan Akhir / Penilaian Akhir berikutan Perintah Kawalan Pergerakan adalah sebagai panduan utama dalam perlaksanaan Penilaian Alternatif. Kaedah ini dilaksanakan untuk peperiksaan akhir Sesi II : 2021/2022 bagi program Diploma dan Sesi Akademik II : 2021/2022 bagi program Ijazah Sarjana Muda. Tempoh penilaian alternatif ini berlangsung daripada 25 Jun sehingga 15 Julai 2022. 06 MINGGU PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2022 Disediakan oleh: Fauziah binti Mohd Yusof BULETIN UPEP I EDISI 2022
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2