Laporan Tahunan PSAS 2022

Assalamualaikum wrb, Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T, kerana dengan keizinanNya jua, kita dapat bersua kembali melalui Laporan Tahunan Politeknik Sultan Azlan Shah 2021. Laporan ini bertujuan melaporkan pelbagai aktiviti yang dilaksanakan melibatkan jabatan dan unit di Politeknik Sultan Azlan Shah sepanjang tahun 2021. Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat bagi menerbitkan Buku Laporan Tahunan Politeknik Sultan Azlan Shah 2021 ini. Sesungguhnya dalam menerbitkan bahan ilmiah seumpama ini memerlukan komitmen dan iltizam yang tinggi daripada semua pihak bagi menjayakannya. Setelah hampir 2 tahun kita berperang dengan pandemik Covid-19, akhirnya kini suasana kembali sediakala yang telah memasuki fasa endemik. Kejayaan demi kejayaan dilakarkan oleh PSAS walaupun dunia dihimpit dugaan Covid-19. Ini menunjukkan warga PSAS mempunyai semangat yang jitu untuk terus maju ke hadapan dan tidak menjadikan dugaan yang datang sebagai batu halangan untuk terus maju. Sebagai sebuah IPTA yang mengorak langkah untuk mentransformasikan institusi, saya berpendapat inilah medium yang sesuai bagi memartabatkan hala tuju sistem pendidikan negara kita. Ianya juga berperanan untuk berkongsi ilmu dan kepakaran yang ada di institusi pendidikan ini. Diharapkan intipati buku ini akan menjadi khazanah negara apabila ia menjadi rujukan para ilmuan dari negara kita mahupun luar negara apabila ia digunakan bagi tujuan penyelidikan di peringkat antarabangsa. Harapan saya semua pelajar politeknik akan menjadi rebutan di sektor pasaran luar selepas mereka menamatkan pengajian nanti. Akhir kata, saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang telah menyumbang sepenuh idea, tenaga dan komitmen bagi menghasilkan buku ini

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2