NCTS 2024
KATA ALUAN . Saya ingin mengucapkan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada semua panelis, dan penyelidik yang telah berkongsi ilmu dan pengalaman mereka di sini. Sumbangan anda semua telah memberi warna dan kepelbagaian kepada program ini, serta memberikan inspirasi kepada semua peserta untuk terus berusaha ke arah kecemerlangan. Kepada para peserta, saya ingin mengajak anda untuk menjadikan persidangan ini sebagai titik tolak bagi perubahan yang berterusan. Teruslah berusaha untuk memperkayakan diri dengan ilmu dan pengalaman, serta berperanan aktif dalam pembangunan pendidikan TVET di negara kita. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang telah menjayakan persidangan ini. Saya berharap agar apa yang telah kita pelajari dan kongsi di sini akan terus memberi impak yang positif kepada perkembangan pendidikan TVET di masa akan datang. Semoga kita akan terus berusaha untuk kebaikan bersama. Sekian, terima kasih. Mohd Noor Bin Shahudin Pengarah Kanan (Akademik) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia PENGARAH KANAN (AKADEMIK) JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI (JPPKK) 44 NATIONAL CONFERENCE ON TVET FOR UNDERGRADUATE STUDENTS THTH Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Yang Berbahagia Datuk/Datin/Tuan/Puan, Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan rahmat-Nya, kita dapat berkumpul di 4th National Conference for TVET Undergraduate Students (NCTS) 2024 ini. Persidangan ini adalah satu momentum yang penting dalam pembangunan pendidikan TVET di negara kita. Melalui perbincangan, pertukaran idea, dan penyelidikan yang dilakukan, kita mampu melihat potensi yang besar dalam menggerakkan pendidikan dan latihan vokasional ke arah yang lebih bermakna dan relevan dengan keperluan semasa. 1
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2