NCTS 2024

KATA ALUAN PENGARAH, PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI (JPPKK) 44 NATIONAL CONFERENCE ON TVET FOR UNDERGRADUATE STUDENTS THH Persidangan ini adalah platform yang sangat penting untuk kita semua, terutamanya bagi para pelajar TVET, untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman, dan inovasi dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional. Sebagai Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, saya melihat persidangan ini sebagai peluang emas untuk memupuk semangat kolaborasi dan memperkasakan kemampuan kita dalam menyumbang kepada kemajuan industri dan ekonomi negara. Saya ingin mengucapkan tahniah dan penghargaan yang tinggi kepada semua yang terlibat dalam penganjuran persidangan ini, termasuk para panelis, penyelidik, dan pelajar yang akan membentangkan hasil kerja mereka. Dedikasi dan komitmen anda semua adalah kunci kepada kejayaan acara ini. Akhir kata, saya berharap agar semua peserta dapat mengambil manfaat sepenuhnya daripada persidangan ini. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam memperkasa diri dan menyumbang kepada pembangunan negara. Sekian, terima kasih. Dr. Riam A/P Chau Mai Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Yang Berbahagia Datuk/Datin/Tuan/Puan, Pertama sekali, marilah kita memanjatkan kesyukuran atas kesempatan dapat bersama-sama berkumpul di 4th National Conference for TVET Undergraduate Students 2024 ini. Saya berasa amat berbesar hati dan bersyukur atas peluang untuk menyampaikan kata aluan dalam buku program bagi persidangan yang berprestij ini. 2

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2