NCTS 2024
KATA ALUAN Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Yang Berbahagia Datuk/Datin/Tuan/Puan, Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan rahmat-Nya, kita dapat berkumpul dalam 4th National Conference for TVET Undergraduate Students 2024 . Saya amat berbesar hati untuk menyampaikan kata aluan dalam buku program ini dan merasa bangga atas penganjuran persidangan yang penting ini. Sebagai Pengarah Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), saya percaya PENGARAH POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH (PSAS) 44 NATIONAL CONFERENCE ON TVET FOR UNDERGRADUATE STUDENTS THTH bahawa persidangan ini adalah platform terbaik untuk para pelajar Ijazah Politeknik Malaysia menimba ilmu, bertukar pandangan, mempamerkan bakat, dan inovasi serta hasil penyelidikan mereka. Para pelajar juga berpeluang menjadikan persidangan ini sebagai medan untuk membina jaringan dengan rakan-rakan dari pelbagai institusi dan latar belakang. Saya yakin, melalui interaksi dan perkongsian idea, kita dapat memperkukuhkan lagi ekosistem TVET di negara kita dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi yang lebih mampan. Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya kepada Unit Penyelidikan, Inovasi & Pengkomersialan PSAS yang telah bertungkus lumus menjayakan persidangan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan Pusat Penyelidikan dan Inovasi JPPKK atas kepercayaan yang diberikan kepada PSAS dalam penganjuran persidangan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada Politeknik Ungku Omar, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Politeknik Ibrahim Sultan yang bertindak sebagai penganjur bersama NCTS 2024 kali ini. Usaha anda semua, dari penganjur hingga peserta, adalah cerminan komitmen kita untuk terus memajukan bidang TVET di Malaysia. Semoga persidangan ini berjalan lancar dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Saya berharap semua peserta dapat memanfaatkan sepenuhnya setiap sesi dan aktiviti yang telah dirancang, serta membawa pulang ilmu dan pengalaman yang berguna untuk masa depan. Sekian, terima kasih. Ts. Hj. Mohd Zulkefli Bin Ibrahim Pengarah Politeknik Sultan Azlan Shah Behrang, Perak 3
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2