POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH 2021-2025_eISBN
PELAN STRATEGIK POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH 2021-2025 31 Kejayaan Pelan Strategik ini amat bergantung kepada kaedah pelaksanaan dan pemantauan yang berkesan. Antara pendekatan yang boleh dilaksanakan adalah seperti berikut: Aktiviti hebahan kesedaran secara komunikasi strategik kepada warga PSAS melalui mesyuarat (mesyuarat pengurusan, mesyuarat akademik, mesyuarat di jabatan/unit), media sosial (laman web, facebook, twitter ) dan lain-lain yang bersesuaian. Penerapan Pelan Strategik PSAS dalam Petunjuk Prestasi Tahunan PSAS, Perancangan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) untuk mencapai KPI yang ditetapkan. Pemantauan hendaklah diadakan secara berkala dan penambahbaikan dibuat pada setiap peringkat pelaksanaan supaya PSAS sentiasa berada pada hala tuju sebenar. Dalam memastikan setiap peringkat di jabatan dan unit di PSAS, masing-masing mempunyai tanggungjawab dan peranan tersendiri. Strategi dan pelan tindakan yang dirangka akan dipantau dan disemak semula mengikut jadual perancangan seperti di paparan 1. Pemantauan pencapaian akan dijalankan setiap enam (6) bulan dalam Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan, manakala penilaian keberkesanan dan kajian semula pelan strategik akan dibuat setiap hujung tahun dan pelaporan pencapaian KPI pelan strategik PSAS akan dikeluarkan pada setiap awal tahun. Paparan 1: Jadual Perancangan Pemantauan dan Penilaian Pelan Strategik Pelan Strategik PSAS (2021-2025) merupakan rujukan utama semua warga PSAS untuk mencapai matlamat dan sasaran yang telah ditetapkan. Dalam tempoh pelaksanaan Pelan Strategik ini, elemen pemantauan dan penambahbaikan akan diberi perhatian dari semasa ke semasa. Justeru itu, pemantauan terhadap pelaksanaannya akan dibuat oleh Pusat Jaminan Kualiti dan Akreditasi PSAS, sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan oleh PIC KPI masing-masing. Bagi KPI yang tidak mencapai sasaran, perancangan khas diwujudkan dan bagi memastikan sasaran tercapai seperti yang ditetapkan, kajian semula pelan strategik akan dilaksanakan untuk penambahbaikan yang berterusan. Bil. Perkara Tempoh 1 Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan Setiap 6 bulan 2 Penilaian Keberkesanan dan kajian semula pelan strategik Setiap tahun KAEDAH PELAKSANAAN
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2