BOOKLET KONVOKESYEN21 PSAS
3.0 TANGGUNGJAWAB 3.1 Prosedur ini terpakai kepada semua yang menghadiri dan bertugas semasa Majlis Konvokesyen PSAS Kali ke-21. 3.2 Kemasukan individu ke dalam kampus dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi. 3.3 Individu yang disahkan menghidap penyakit berjangkit (COVID-19, Influenza, Demam Campak dan lain-lain) oleh mana- mana fasiliti kesihatan dan mendapat Sijil Cuti Sakit atau arahan kuarantin tidak dibenarkan menghadiri Upacara Konvokesyen. 3.4 Pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan di dalam kawasan kampus tetapi amat digalakkan terutamanya di kawasan tertutup dan sesak. 3.5 Semua individu yang hadir digalakkan membawa cecair pembasmi kuman. 3.6 Amalkan etika batuk yang baik - Gunakan tisu atau lengan baju untuk menutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin. Buang tisu dengan betul dan segera basuh tangan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2