BUKU PROGRAM GO GREEN

Melalui penganjuran program yang berencam, pelbagai panduan praktikal, cadangan inovatif, dan langkah-langkah yang dapat dilaksanakan oleh komuniti PSAS dan masyarakat pada umumnya bagi memastikan kita semua dapat bergerak ke arah gaya hidup yang lebih mesra alam. Melalui kebijaksanaan dan usaha bersama, kami yakin bahawa kita boleh mencapai impian untuk membentuk dunia yang lebih hijau dan lestari. Setiap tindakan kecil yang kita ambil hari ini akan memberi impak yang besar untuk generasi akan datang. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam penganjuran program ini. Tanpa sokongan dan komitmen anda semua, pencapaian ini tidak akan menjadi kenyataan. Akhir kata, marilah kita bersama-sama menjadikan amalan mesra alam sebagai satu keutamaan dalam setiap aspek kehidupan kita. Melalui usaha berterusan, kita pasti dapat mewujudkan perubahan yang positif bagi bumi kita dan juga untuk masa depan generasi akan datang. Selamat membaca dan bersama-sama kita wujudkan dunia yang lebih hijau! Terima kasih. K A T A - K A T A A L U A N PSAS GO GREEN TS. HAJI MOHD ZULKEFLI BIN IBRAHIM Pengarah Politeknik Sultan Azlan Shah Selamat sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati, Saya dengan rendah diri mengambil kesempatan ini mengalu-alukan penganjuran dan penyertaan pelbagai golongan warga PSAS dan komuniti setempat dalam program PSAS Go Green yang telah disusun dengan penuh dedikasi dan semangat untuk mempromosikan kesedaran alam sekitar dan amalan mesra alam. Program ini adalah satu usaha yang diilhamkan oleh semangat kelestarian alam serta keperluan untuk menggalakkan penglibatan aktif dalam usaha pemuliharaan alam sekitar.

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2