BUKU PROGRAM GO GREEN

Penganjuran program PSAS GO Green 2024 merupakan suatu usaha komuniti yang bertujuan untuk menambahbaik keberkesanan penggunaan tenaga, memelihara sumber dan mempertingkatkan kualiti persekitan dan kesedaran dikalangan warga kampus institusi pendidikan. Ini dapat dicapai melalui kelestarian dalam pendidikan serta penganjuran aktiviti tertentu ke arah pembinaan persekitaran yang sihat dan kondusif. Sebagai sebuah institusi pendidikan TVET, Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) juga memainkan peranan dalam membudayakan amalan hijau dalam kalangan warganya dengan melaksanakan pelbagai aktiviti seperti PSAS GO GREEN . Selain daripada itu, penganjuran program ini juga bertujuan menyokong intipati Perak Sejahtera 2030 di bawah kluster Sejahtera Sosial: Alam Sekitar dan Amalan Teknologi Hijau melalui beberapa aktiviti yang berkaitan seperti amalan kitar semula 3R. Promoting Sustainable Development Through Education adalah tema yang dipilih bagi program PSAS GO GREEN tahun ini berteraskan kepada pemerkasaan budaya hijau dikalangan warga dan pengurusan PSAS yang komited ke arah melahirkan generasi dan komuniti yang lestari. Smartgreen Polycc PSAS merupakan sebuah jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk merealisasikan pembudayaan amalan hijau dalam kalangan warga PSAS.Terdapat tujuh (7) bidang tujahan(BT) yang difokuskan di PSAS. Program yang julung kali dianjurkan ini menjadi sebuah "platform” asas bagi warga PSAS dalam menzahirkan ideologi dan kreativiti berkonsepkan hijau secara terbuka dan meluas. BT 1: Penyelidikan PENGENALAN PSAS GO GREEN BT 2: Pengurusan tenaga BT 3: Pengurusan lanskap BT 4: Pengurusan sisa pepejal BT 5: Pengurusan sisa air BT 6: Pengurusan karbon/ pengankutan BT 7: Pengurusan hijau

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2