Buletin JKE PSAS 2023
P ROGRAM OU T R E ACH : P E NG E NA L AN K E PADA I OT & ROBOT I C S B E NGK E L P E NU L I SAN L APORAN AKH I R 7 MAC 2023 - Bengkel ini telah dianjurkan oleh Unit Projek, JKE kepada pelajar semester 5 yang sedang mengambil kursus DEE50102 Projek 2 dan telah disampaikan oleh Dr. Normala Rahmat. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk menyokong keperluan hasil pembelajaran CLO5 iaitu kemahiran komunikasi yang berkesan dalam penulisan laporan dan semasa pembentangan. Sepanjang bengkel ini, pelajar didedahkan dengan teknik penulisan laporan akhir mengikut format yang ditetapkan oleh JPPKK. Sekaligus dapat meningkatkan kualiti penulisan laporan akhir projek pelajar BULETIN JKE PSAS/2023 7 B E NGK E L M I N I P RO J E C T ( P EMB I NAAN L I T AR P C B – S I R I 1 ) I / 7 15 FEB 2023 - Program ini telah disertai seramai 45 orang pelajar tingkatan 4 di sekolah tersebut. Program ini dirancang bagi tujuan untuk menyalurkan kepakaran dalam bidang aplikasi IoT dan Robotics kepada pelajar tersebut sekaligus diberi pendedahan berkaitan dengan program pengajian kejuruteraan yang ditawarkan di Politeknik Sultan Azlan Shah. Seramai 3 orang penceramah dan 22 orang fasilitator yang terdiri daripada pensyarah JKE telah terlibat dalam program ini. Melalui program yang telah dilaksanakan ini, pihak JKE PSAS dapat berkongsi kepakaran tenaga pengajar kepada sekolah selain memberikan impak dan nilai tambah yang bermanfaat kepada komuniti melalui penyelidikan, inovasi dan pembelajaran sepanjang hayat 7 MAC 2023 - Bengkel anjuran Unit Projek JKE ini telah dilaksanakan untuk membantu pelajar-pelajar semester 4 JKE, yang mengambil kursus DEE40082 Project 1, di dalam pembinaan litar bekalan kuasa yang menggunakan Printed Circuit Board (PCB). Bengkel yang telah disampaikan oleh En. Azhar bin Ramli ini mendedahkan para pelajar dengan teknik merekabentuk litar menggunakan perisian elektrik dan seterusnya membina litar PCB yang lengkap dan sempurna.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2