Buletin JKE PSAS 2023

P ROGRAM AU T H E N T I C L E ARN I NG FOR SOL AR I NS T A L L A T I ON 13 MEI 2023 - Program Diploma Kejuruteraan Elektrik (DET) telah mengambil initiatif untuk menganjurkan program Authentic Learning for Solar Installation. Program ini dilaksanakan sebagai satu persekitaran bagi pembelajaran yang baharu untuk memantapkan kaedah penyampaian Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi kursus DET30053: Power System. Pelajar telah didedahkan dengan lebih jelas perihal sistem solar, rekabentuk, pengiraan beban pemasangan dan pengujian sistem solar dalam pembelajaran berasaskan masalah (Problem Based Learning). Selain itu, pelajar lebih memahami dan mengaitkan antara teori dan praktikal serta aplikasi sebenar menjurus kepada CLO/PLO. Pensyarah jugak dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai learning outcomes. PAME RAN & P E N I L A I AN P RO J E K AKH I R P E L A J AR J K E BULETIN JKE PSAS/2023 9 I / 9 9 MEI 2023 - Program ini diadakan bertujuan untuk menjadi platform kepada pelajar semester 5 JKE yang mengambil kursus DEE50102 – Projek II untuk membentangkan hasil pencapaian pembelajaran mereka sepanjang dua semester selain untuk memenuhi keperluan hasil pembelajaran dan penilaian yang telah ditetapkan bagi kursus DEE50102 Project II. Melalui program ini, pelajar dapat menilai diri (development personal) dan kemahiran sosial (social skills) seperti pengurusan masa, keyakinan diri dan interaksi. Selain itu, penilaian yang dilaksanakan secara tidak langsung dapat mendedahkan pelajar dengan kemahiran atau latihan dari segi teknikal dan kemahiran berkomunikasi. Penglibatan pihak industri dalam menilai hasil pembelajaran pelajar turut dilihat mampu memaksimumkan impak keberhasilan projek selaras dengan kehendak industri selain meningkatkan tahap motivasi, keyakinan, keupayaan, etika serta kesediaan pelajar menghadapi cabaran dimasa hadapan.

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2