Buletin JKE PSAS 2023

MA J L I S SAMB U T AN HAR I RAYA J K E P ROGRAM AU T H E N T I C L E ARN I NG - R E KAB E N T UK DAN P EMASANGAN KAB E L ‘ ’ S T RA I GH T T HROUGH ’ ’ 23 MEI 2023 - Program ini melibatkan 71 orang pelajar semester 2, 4 dan 5 dari program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) (DEP), Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Azlan Shah. Sepanjang program ini, pelajar telah didedahkan bidang yang sedang mereka ceburi dengan memfokuskan kepada aktiviti yang bertepatan dengan silibus yang telah dirangka oleh JPPKK. Ini merupakan satu inisiatif bagi memastikan pelajar politeknik berupaya untuk menggunakan peralatan yang tersedia khususnya peralatan di dalam makmal secara efektif bagi menggilap kemahiran psikomotor pelajar secara berterusan. Selain itu, program ini dapat memberi peluang kepada para pensyarah untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai ‘Learning Outcomes’ yang ditetapkan. 15 MEI 2023 - Program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Perhubungan) (DEP) telah mengambil initiatif untuk menganjurkan program ini sebagai salah satu usaha untuk membantu pelajar lebih memahami rekabentuk kabel ‘Straight Through” dengan menggunakan connector RJ45. Pelajar telah mengaplikasikan topik ini di Bilik Pensyarah 3 dan seterusnya dinilai menggunakan pemarkahan rubrik mengikut amali tersebut. 16 MEI 2023 - Majlis sambutan Hari Raya JKE yang telah dikelolakan oleh Unit Penasihat Akademik JKE telah berlangsung bertempat di kantin PSAS dengan suasana yang meriah. Majlis ini turut meraikan staf JKE yang bakal bersara iaitu Pn Aminah Binti Othman dan diserikan lagi dengan kehadiran tuan pengarah, Ts. Zulkefli Bin Ibrahim. Selain dapat menjamu selera, sambutan seperti ini diharap dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pelajar dan pensyarah. P ROGRAM D E P ’ S DAY – E XP LORAC E D E P 9 BULETIN JKE PSAS/2021 10 L TIN JKE PSAS/2023

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2