Buletin JKE PSAS 2023
L AWA T AN P E NANDAARASAN P ROGRAM D E T K E MS U T E AM B U I L D I NG J K E 10 OGOS 2023 - Jabatan Kejuruteraan Elektrik dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKdR) JKE telah menganjurkan program Team Building di UPSI Adventure Park. Program ini bertujuan untuk meningkatan semangat kerja secara berpasukan dan membantu meningkatkan motivasi, keyakinan dan iltizam diri di kalangan kakitangan jabatan. Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan hubungan di kalangan kakitangan Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan seperti flying fox, high element, abseiling, nature walk dan ATV. 8 OGOS 2023 - Program Diploma Kejuruteraan Elektrik (DET) telah melaksanakan program penandaarasan ke program Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik di Management & Science University (MSU). Lawatan ini merupakan salah satu inisiatif pihak jabatan dalam usaha menambaik perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara amnya dan perlaksanaan projek akhir pelajar secara khususnya. P ROGRAM M I NGGU T RANS FORMAS I S I SWA ( MT S ) , J K E S E S I 1 : 202 3 / 202 4 24 OGOS 2023 - Sesi pendaftaran pelajar baharu Jabatan Kejuruteraan Elektrik bersama Penasihat Akademik masing-masing di Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Selain itu diadakan sesi bersama Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik serta taklimat berkenaan OBE, Unit Kualiti, Unit Peperiksaan, Unit i- Daftar, Unit Penasihatan Akademik dan lain-lain di Dewan Kuliah Elektrik. 9 BULETIN JKE PSAS/2023 13
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2