Buletin JKE PSAS 2023

P ROGRAM RUMAH I BADA T H I J AU & K E L E S T AR I AN A L AM S E K I T AR MAS J I D A L - H I DAYAH BANDAR B E HRANG 2020 2 OKTOBER 2023 - Program Rumah Ibadat Hijau & Kelestarian Alam Sekitar ini berlangsung di Masjid Al- Hidayah Bandar Behrang 2020 dan ia merupakan kerjasama antara PSAS, Malaysia Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC), dan Bank Rakyat Tanjong Malim. Objektif program adalah untuk menjadikan rumah ibadat sebagai pusat pemangkin kelestarian alam sekitar dalam memupuk budaya gaya hidup hijau di kalangan ahli kariah dan sebagai contoh bangunan komuniti yang cekap tenaga, cekap air, mesra alam dan rendah karbon di kawasan setempat. Antara aktiviti-aktiviti yang telah diadakan semasa program berlangsung adalah, pelaksanaan Audit Awalan penggunaan tenaga elekrik dan air, pemasangan pili cekap air, pemasangan lampu solar dan solar hub for education@MasjidBB2020 serta penyelenggaran peralatan elektrik oleh pelajar pelajar PSAS. AUD I T E X T E RNA L E XAM I N E R ( E E ) E T AC BAG I P ROGRAM D I P LOMA K E J URU T E RAAN E L E K T RON I K ( KOMP U T E R ) ( D T K ) 4 OKTOBER 2023 - Audit ini telah dijalankan di Bilik Seminar JKE oleh External Examiner, Ts. Dr. Rostam Affendi bin Hamzah daripada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Antara aspek yang dinilai adalah keselamatan (OSH), pelaporan mesyuarat bersama industri dan alumni, proses dan prosedur latihan industri dan pelaksanaan FYP. Di sebelah petang pula, berlangsungnya lawatan ke makmal dan bengkel bagi memastikan fasiliti di JKE berada dalam keadaan yang baik dan terurus. Makmal yang terlibat adalah makmal EPK1, EBK, ECAD, EPC dan EPR2. 9 BULETIN JKE PSAS/2021 16 L TIN JKE PSAS/2023

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2